Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk dapatkan update-update terkini melalui email dan melanggan kelakargila:

Menantu Vs Mertua

Kamal baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa
menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak
kena. Kamal ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras
20 kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini.
Sejak Kamal duduk di rumahnya… cepat sangat barang-barang dapur habis.
Kamal betul - betul menghabiskan borehhh… Kebaikan Kamal pula ialah, dia
ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak
pulak begitu… Waktu maghrib seronok depan tv tengok Roda Impian… lepas
tu sambung tengok berita… lepas tu makan… lepas tu tidur..esok bangun
pukul 8… pergi kedai kopi… bersembang, sampai tengahari. Balik makan,
kemudian tidur… petang pergi kedai kopi lagi… main dam, berborak
mengalahkan orang politik. Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang
menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa
mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan.
Tetapi dia terus mencari idea… macam mana nak kenakan si Kamal ni..
Bengang betul dia… dah lah tak kerja… melantak kuat pulak tu… Suatu
hari dia dapat idea… nak kenakan Kamal.. “Kamal, mari kita main dam haji…
” katanya kepada Kamal… “Boleh juga… ” kata Kamal tanpa mensyaki sesuatu.
Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh
Kamal… Dia hulur, Kamal makan, hulur lagi… Kamal makan lagi… hulur lagi
makan lagi, dan lagi… dan lagi… . ” Eh ko ni Kamal… kuat betul makan laa… .
agak-agaklaa… ” katanya tersenyum.. “Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni
… mentang-mentang aku kuat makan” fikirnya dalam hati… tapi tak apa…
Mereka bermain set kedua… Bapa mertuanya hulur… dia tak makan… hulur
lagi, tak makan juga… kena tangkap… tak macam set pertama… dia dah bijak
sikit… Bila tak makan, mestilah kena tangkap… (sesiapa tak tahu main dam
haji tentu tak faham cerita ini… )… kemudian bapa mertuanya dapat melangkah
hingga ke haji… Apa lagi… . “Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh
pergi haji ke… ? Merah padam muka bapa mertuanya… dia nak perli anak
menantunya, tetapi dia yang terkena… .
Selepas dari itu, Kamal tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim…
tak tinggal sembahyang lagi… sekarang ni ada kat mekah kerjakan umrah…
Nak pergi haji belum ada seru… katanya laa

No comments:

Post a Comment