Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk dapatkan update-update terkini melalui email dan melanggan kelakargila:

Ajoi Perokok Yang Kaya

 

Ajoi: Selamat pagi doktor…
Doktor: Ya.. selamat pagi, boleh saya bantu ?
Ajoi: Begini doktor, saya punya masalah sesak nafas dan batuk-batuk.
Doktor: Oh begitu… hmm awak seorang perokok?
Ajoi: Betul doktor, saya memang perokok..
Doktor: Satu hari berapa batang awak hisap? dan sudah berapa lama awak merokok ?
Ajoi: 1 hari lebih kurang 2 kotak dan saya merokok sudah 15 tahun.
Doktor: Anda tahu berapa kos yang awak keluarkan dalam 1 hari ?
cuba kira, satu hari dikali dengan 2 kotak rokok dikali 365 hari (setahun) dikali 15 (tahun)…
sambil membuka tingkap, doktor tersebut menyambung….”anda lihat banglo mewah di seberang jalan sana..? “, bayangkan encik, kalau dari dulu anda tidak pernah merokok selama 15 tahun dan wangnya dikumpulkan, mungkin anda sudah mampu mempunyai banglo mewah macam tu. (dengan nada ceramah)….
Ajoi: Doktor tak merokokkan?
Doktor: ooh..tentu tidak (dengan bangganya !)
Ajoi: Doktor ada banglo mewah macam tu?
Doktor: Takdelah, saya tak mampu…kenapa?
Ajoi : Kalau doktor nak tau, yang banglo mewah doktor tunjuk itu memang saya punya banglo…sedangkan doktor yang tak hisap rokok pun tak mampu nak beli..
Doktor: Erkk..salah orang aku ceramah rupanya… (dalam hati)


Mari Mengenal Haiwan

Cikgu : Baik anak-anak murid. Pagi ni kita akan belajar mengenal bunyi haiwan.
shuib, macam mana bunyi ayam berkokok?
shuib : Kok kokk kokkkkk!!!!!
Cikgu : Bagus shuib.. Mamat, buat bunyi kucing pula..
mamat: Meowwww
Cikgu : Amboi, manja kucing tu ya. Jep, buaya bagaimana pula bunyinya?
jep : Fewittt! Hai, Cik Adik! Sorang jer...? Abang temankan ya....
Cikgu : Bunyi buaya apa tu??? *_*"
jep : Buaya darat cikgu!!
 
kasut buaya?