Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk dapatkan update-update terkini melalui email dan melanggan kelakargila:

Lawak Orang Asli Dan Cermin



Sepasang suami isteri berketurunan orang asli telah tinggal di dalam hutan sejak mereka kecil lagi dan tidak pernah melihat dunia luar kerana tidak pernah keluar dari hutan tersebut. Si suami kerjanya pergi memburu atau pun memetik buah-buahan untuk dijadikan makanan harian manakala isterinya pula hanya tinggal dirumah bersama ibunya.

Pada suatu hari ketika suaminya sedang memburu seekor babi hutan, dia terjumpa satu benda yang tidak pernah dia lihat iaitu cermin. Dia berasa begitu hairan dan pelik lalu dia membawa cermin tersebut ke rumahnya dan menyimpannya di bilik belakang tanpa pengetahuan isterinya.

Setiap hari sebelum dia keluar berburu, dia akan masuk ke bilik belakang untuk melihat dahulu cermin tersebut. Si isteri berasa pelik dan hairan dengan tabiat pelik suaminya itu. Lalu si isteri pun masuk ke bilik tersebut untuk menyiasat apa yang ada di dalam bilik tersebut kerana risau jika suaminya itu mempunyai perempuan simpanan tanpa pengetahuannya. Tiba-tiba si isteri terkejut apabila melihat cermin tersebut kerana sepanjang hidupnya dia tidak pernah melihat cermin.

Oleh kerana dia tidak tahu apa itu cermin, dia terkejut kerana menyangka bahawa perempuan yang ada di dalam cermin tersebut adalah perempuan simpanan suaminya. Lalu dia pun memberitahu kepada ibunya sambil menangis teresak-esak.

Ibunya berasa sangat marah dengan perbuatan menantunya itu dan terus masuk ke bilik tersebut untuk melihat perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya itu. Selang lima minit si ibu keluar sambil ketawa berbahak-bahak seolah-olah ada seuatu perkara yang lawak, kelakar dan lucu telah berlaku. Lalu berkata..

“Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain cari la perempuan yang elok sikit..cantik sikit… Ini tak..aku tengok perempuan kat bilik tu..dah la tua..kulit dah berkedut..hodoh pulak tu……”

Perkataan bermula dengan huruf J

Johan Jalan Jalan Jumpa Jamil Jolok Jambu. Jamil Jolok Jolok Jambu. Jamil Jatuh, Jalan Jenkit Jengkit. Johan Jalan Juga Jumpa Johari Jual Jagung. Johari Jerit Jagong Jagong! Jagong Jagong! Jagong Jagong! Jagong Jagong!Jagong Jagong! Jagong Jagong! Jagong Jagong Jagong! Jagong Jagong! Jagong Jagong!Jagong!Jagong Jagong! Jagong Jagong! Jagong Jagong!Jagong Jagong! Jagong Jagong! Jagong Jagong!Jagong Jagong! Jagong Jagong! Jagong Jagong!

Lawak disumbang oleh :

Name: Saravannan a/l Tangamalai

Email Address: saravannantangamalai@yahoo.com

Facebook: saravannan tangamalai (FB)