Ceritanya begini
Minggu lepas adalah hari lahir aku,
Aku tak lena tidor, badan tak berapa sehat, selesema!
Terbangun awal pagi dan bersiap utk kerja
turun ke dapor utk sarapan pagi
Aku berharap Isteriku yg tersayang akan mengucapkan “ SELAMAT HARI LAHIR”
dan mungkin akan menghadiahkan aku hadiah walau tak seberapa
Aku terus kemeja makan
Lalui sebelah isteriku.. sambil tersenyum
Dia Cuma kata “ selamat pagi bang”, “assalamualaikum”
dalam hatiku, “dia tak ingat ke birthday aku hari n?”
Tak pe.... mungkin penat malam tadi kot.
Perkara kecil je tu, yang penting perkahwinan ni dijagainya dgn baik.
Oooo... anak2 ku akan sarapan juga sekejap lagi
Mungkin, ada ucapan “HAPPY BIRTHDAY. PAPA”
Mungkin dia orang tak lupa. aku mengharap sangat!
Anak2ku baru turun dr tingkat atas menuju meja makan utk sarapan bersama.
aiks! Senyap je, tak cakap apa2 pun. Napa ni. byk kerja rumah ke, walhal
Aku tengok dia orang tidor awal malam tadi. mmmm semua lupa kot!!!
Aku sedikit kecewa dgn mereka, tapi aku cuba bersikap tenang
Aku memandu ke pejabat
Masuk je ofis, Setiausaha ku yg cantik lagi menggiurkan, Ayu berkata
“GOOD MORNING, BOSS DAN SELAMAT HARI LAHIR BOSS”
Aku senyum ”terima kasih”, sekurang2nya ada juga yg ingat.
Tiba waktu makan tengahhari, pukul 1
Ayu ketuk pintu ofis aku dan berkata
“Hari ni sungguh nyaman, cerah dan tenang sekali, mungkin turut menyambut hari lahir BOSS”
Wooowww.. ayat yang manis dan menggoda, aku kira laaaa
Ayu kata lagi: “ Apa kata saya belanja Boss makan, HANYA KITA BERDUA”
Macam menggoda lak tu, aku Cuma menjawab “THANKS AYU
saya rasa idea yang baik yg pernah saya dgr dari awak, Ayu”
“Jom, kemana agaknya kita”
Ayu tidak membawa aku ketempat yg sepatutnya, tapi membawa aku
Ke tempat yg agak istimewa dgn meja yg agak special
Meja hanya berdua dgn suasana cukup romantik
Ada lilin, bunga ros dgn wangian semerbak, mcm org bercinta la plak
Aku rasa seronok kerana Ayu menyambut harijadi aku sedemikian
Aku kira apa salahnya aku ambil kesempatan ini, tak salah kan?
Ketika perjalan balik semula ke ofis selepas makan
Ayu bersuara manja
“Suasana nyaman begini seeloknya diakhiri dgn keseronokan dan kenangan yg tak akan dilupakan
Bukankah elok kita ketempat lain?. Bos setuju ke?”
Aku cuba mengelak dari tergoda
“Saya rasa tidak, elok kita ke Ofis la, Ayu!”
Aku cuba bertanya lagi: “Agak2 lah kemana Ayu nak pergi?”
Tau apa Ayu kata
“Apartmen saya cuma 5 minit dari sini, bolehkah BOSS singgah jap kat apartmen saya”
Laju je aku berkata elok juga...he he he
Tiba di apartmen Ayu
Dengan menggoda, Ayu berkata: “ Kalau tak tak keberatan, buat lah macam rumah sendiri”
“Ayu nak masuk kebilik sekejap, nak bersiap, kemudian saya keluar nanti ye!!!”
Dengan berdebar2 aku mencelah dgn suara agak gementar . ”OK”
Aku rasa ada sesuatu yg akan berlaku ni
Aku pun mmg lama idamkan setiausaha aku yg seksi ni.
Akhirnya dpt juga hari ni, di hari jadi aku yg ke 40 ni.
Dgn lenggok yg menggoda, Ayu menuju kebilik
Sambil menoleh kearah aku sambil mengenyit mata dgn manja sekali
Aku memang dah lama tergoda, Cuma tiada kesempatan
Kali ni, aku nekad
Tak kan aku lepaskan peluang yg datang dgn mudah ni
Rugi aku rasa kalu aku biarkan berlalu begitu saja
Aku mesti bertindak cepat
Adusssssssssss...
Beberapa minit berlalu, Ayu kedengaran mandi.
Kemudian senyap beberapa ketika
pintu bilik dibuka
Ayu keluar
Dgn pakaian yg agak seksi dan
Ayu nampak cantik teramat sangat
Sungguh menggiurkan
Aku memang dah bersedia di sofa empuk
Di ruang tamu
Ayu keluar dgn manja sambil
Membawa bersama KEK HARIJADI YG AGAK BESAR
Diikuti oleh isteriku yg tersayang, serta
Anak2 ku 3 orang tu, serta
beberapa kawan2 dan kenalan yg cukup rapat dgnku
juga Rakan2 perniagaanku
Semua secara ramai menyanyikan:
SELAMAT HARI JADI DAN PANJANG UMOR UNTUK KU
SEDANGKAN AKU HANYA DUDUK DISITU
TERPAKU
TERKEDU
TERKEJUT
DIATAS SOFA EMPUK RUMAH AYU TU
TANPA SEURAT BENANG
BER BOGEL