Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk dapatkan update-update terkini melalui email dan melanggan kelakargila:

Lawak Pagi Raya Aidilfitri

suatu pagi di hari raya

suatu pagi hari raya yang hening lagi dingin tambahan pula semalam hari hujan.Kawanku Jamilah sedang sibuk menghidangkan ketupat untuk ayahnya yang tersayang sebagai lapik perut sebelum beliau pergi menunaikan solat Aidil Fitri.Jamilah membuka tudung periuk kari daging yang di masak ibunya semalam sebelum dia menyalakan api untuk memanaskan kari tersebut.

Setelah ketupat di potong maka di panggilkan ayah dan seluruh keluarganya untuk menjamah sedikit makanan sebelum pergi ke Masjid.Ayahnya mencecah ketupat pada seketul daging yang agak besar."Hai Milah awat hang boh seketoi daging macamni lekat kat rengkong naya orang Milah ooi""dak aih cek potong elok pun kelmarin cuba tanya mak" Sambil ayah jamilah cuba menggigit daging yang ternyata liat tetapi manisnya agak luar biasa."Iah Milah ooi liat lain macam pula tu cuba hang di potong lain bagi kecik"Lalu jamilah pun mengambil dan membasuh daging itu dari segala kuah kari yang membaluti daging itu .Takala daging itu bersih maka nampaklah oleh jamilah bahawa benda yang di sangka daging itu adalah SANG KODOK(KATAK)mungkin telah melompat masuk kedalam periuk kari daging tadi....

kodok masak kicap! nyum...nyumm