Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk dapatkan update-update terkini melalui email dan melanggan kelakargila:

Delivered by FeedBurner

Lawak Kesihatan

Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim.

Doktor : “Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang”
Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi kerumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.
Mendengar itu sang Doktor merasa tenang, menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Sang Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang dimana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang?
“Salim berada di dalam air melatih kambing berenang”

Moral: Berpantanglah demi kesihatan anda. Wakaka!

Amerika Vs Jepun Vs Indonesia

Tiga org sahabat sedang mandi wap di bilik sauna, seorang Amerika, seorang Jepun dan seorang Indonesia. Dikeheningan berada didalam bilik sauna tiba tiba dipecahkan dengan bunyi... .bip... bip... .bip... . Orang Amerika tadi terus membuka telapak tangan kirinya, dan seakan membaca sesuatu. Kedua si Jepun dan Indonesia tadi terpinga-pinga lantas si Amerika ni pun berkata, "Disebabkan tgn saya telah ditanamkan cip berteknologi tinggi maka saya boleh terima SMS dan MMS tanpa hand set... ." Maka kagum la si Jepun dan Indonesia ni.

Seminit kemudian terdengar pulak deringan telefon di dalam bilik sauna tersebut. Tetiba si Jepun pun mengangkat tangan kirinya dan seakan menjawab panggilan telefon tadi. Ibu jari nyer diletakkan di mulut dan jari kelingkingnyer di telinga. panggilan melalui jari jari saya tanpa menggunakan hp... "

Setelah habis menjawab maka si Jepun pun berkata, "oleh kerana tangan saya ditanam cip berteknologi tinggi maka saya boleh menjawab dan menerima Melihatkan keadaan canggih manggih kedua si Amerika dan si Jepun, si Indonesia ni pun terpinga dan berbisik sendirian... "Alamak apa yg boleh aku sembahkan untuk mengalahkan mereka berdua ni... ?" Kerana stress akibat memikirkan hal tadi maka perutnyer pun terasa nak membuang. Lalu si indon ni pun keluar pergi ke toilet. Setelah selesai membuang si indon ni kembali ke bilik sauna. Akibat kepayahan untuk mencuci dengan tisu tandas maka ader lebihan tisu di celah-celah kelangkangnyer. Dengan keheranan dan jijik nyer si Amerika dan si Jepun pun bertanya... "kertas apa yang terjuntai kat
celah tu... ?"

Lantas si indon ni pun jawab ngan selamber nyer... ."Oh saya baru terima Fax... ...

**moral : jangan pakai tisu untuk cuci pu****ng....

Software Automatik Meninggalkan Komen di Blog

Bagaimana Hendak Post Komen Di Ribuan Blog Jenis Blogengines Tanpa Mengambil Masa Yang Lama Dan Apakah Cara Untuk Mencari Blog-Blog Jenis Ini Yang High Page Rank, Dofollow, Ip Diversity Dan Auto Approved Komen Untuk Membuat Link Building

NOTE: Proses Untuk Post Komen Akan Dilakukan Secara Automatik Dan Kaedah Untuk Mendapatkan Ribuan Blog Jenis Ini Bukan Lagi Satu Masalah
 
 
 
Oleh itu setiap pembelian software auto blog komen ini membolehkan saudara/saudari:-

» Mengakses Software Untuk Mencari Senarai Blog Yang Diperlukan.

» Menerima 1k++ Senarai Blog Auto Approved.

» Menerima Secara Percuma Uprade/Updates Software

» Menerima Software Support Percuma Melalui YM dan Email

» Menerima Software Auto Ping

» Menerima Bonus: satu sofware pelik yang boleh menarik traffik dan jika saudara/saudari pandai memanipulasi penggunaan software ini. Insyallah boleh berjaya membuat jualan.  

Testimoni
Bagi yang berminat nak dapatkan sofware diatas 
boleh masuk melalui link dibawah

Jom Buat Untung Pasif dan Aktif Setiap Minggu Dengan RoyaltyFX

2x Pendapatan
Keuntungan Setiap Minggu



1) pendapatan pasif

Plan pasif adalah pendapatan dari
keuntungan trade Forex yang kami lakukan setiap minggu tanpa
perlu anda berbuat apa-apa. Hanya kongsi modal sahaja iaitu dengan membuat
...pembelian Lot dan terima keuntungan setiap minggu.

2) pendapatan aktif
Plan aktif ialah anda buat penajaan iaitu
memperkenalkan perkhidmatan kami ini kepada sesiapa sahaja dan setiap yang join
ahli dan terima keuntungan setiap minggu.

Modal bermula dari RM37 Shj

Sertai Kami Sekarang,Jadilah Yang Terawal

www.royaltyfx.com


Tersalah Dail

Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya... Terus Mendail...

"Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking.

"Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?" Kata Suara Di Hujung Talian.

"Tidak" Jawab Rosman.

"Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?" Balas Suara Itu.

Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin.

"Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?" Tanya Rosman.

"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu.

"Kalau Tak Tahu Bagus..." Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon.

Senaman Lidah

Cerita yg bermula dengan huruf K

Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok , kata kepada Ketam,"Kenapa kau ketip kuku kaki kau, Ketam... kenapa?" Ketam kata, "Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut... kakakku kata, kalau kuku ku kelurut, kita kena ketiplah!"
Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan,"Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?"
Ketam ketawa , Kah..kah..kah..kah..kih..kih..kih..kih..Kuh..kuh..kuh..kuh!!Kodok..Kodok ..kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?"
Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?"
Ketam kilas, "Kelakar."
"Kelakar ke kurang-ajar?" kata Kodok .
Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam kuat kadar kilat."kelekuk !", kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok. Ketam
kata
, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau keperok kepalaku?
Kan kesakitan."Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepala kena keperok.

Cerita yg bermula dengan huruf C:
Copot cahabat ciput Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari cengkerik. ciput cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput. Cemace ciput came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah. cahye cerah ciput cakcikan cangat cerah campai ciput came copot cilau. cahaye cerah cube culik copot.
Ciput cangat cuak. ciput cepat-cepat camba copot cebelum cehaye cerah cempat culik copot. copot cangat cuak came. ciput came copot cepat-cepat
cari chelter cambil cepat-cepat cembunyi. ciput came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahaye cerah cucah cari ciput came copot. ciput cakap came copot, "chuuu... chuuu ... cenyap... cenyap copot... ". copot cambung cakap, "copot cudah cenyap... ciput cenyap camelah... ". celepas cejam, cahaye cerah cudah chow cebab cucah cari ciput cape copot. ciput came copot cangat cuke cebab cahaye cerah cudah chow. copot cenyum cambil cakap, "copot cayang ciput cebab ciput celamatkan copot... ". ciput cenyum
cambil chow came copot... Caja cuka cuka.
 

11 tips agar tidak bosan semasa di dalam lif

1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya!
Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..

2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya diam!".

3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.

4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat appoinment?

5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik... tik... tik...

6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang.

7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, jap lagi die bukak balik!".

8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Oksigen cukup tak kat situ?"

9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.

10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.

11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah area SAYA"

Bukti Pendapatan Bersama AutoRm.com

1st aku nak tunjuk Screenshot bukti duit masuk Autorm.com, Program nie bukanlah duduk diam dapat duit tapi sistem affliate yang mana kita semua berkongsi satu bisnes dan sistem autorm.com. Produk dalam autrorm.com adalah BEST gile antaranya, Sofware email bomber..Sofware nie bleh digunakan utk tujuan jahat atau baik, lagi email verify, Email Spider digunakan utk sedut email dari website2 korang suka , dan sofware EwriterPro utk tulis ebook sendiri. lain2adalah koleksi email 50-60 ribu jugak dapat, dan ebook2 yang mantap.Autorm.com baru je start dilancarkan, arini 25/11 baru 5 Hari, so korang masih berpeluang lagi kalau nak buat duit..

Screenshot Pertama id: Admin

Nie bank aku hehe, korang kena tgk yg bulat2 je, yg lain2..jgn tgk ok.!

Sreenshot Ke 2 id: System

Nie downline merangkap member aku punya income
Screenshot 3 id : register




Ok, Dah puas tengok screeshot , puas ke tak puas join lah saya di autorm.com. Memang boleh buat duit, yang bestnya, sistem nie takde e-wallet , takde penipuan, semua downline terus bayar ke sponser..anda la tu..lepas tu dpt sms.

Malas aku nak sembang panjang, nnt owner Kelakargila marah aku plak, untuk maklumat lanjut tempahlah posisi anda sekarang! Jom buat duit sambil bersama autorm.com, kalau nak join nnt jangan pening plak tgk ada 2 nama aku, sbb aku admin kt sana.:) ..Selamat berjaya!


Kereta Kancil Power

pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan
kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan.Ada
orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu sedang berjalan
kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada
sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti
disebelah kancil tadi.

"ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam
lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje....
"ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya
tarik kereta pakcik sampai tol" mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...",tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju
pakcik akan hon dan bagi high beam"

"ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil
didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. dia
pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati.Dalam lima kilometer mamat nie
laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat
tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press Minyak
kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la
minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kancil
org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam
bagai nak rak. Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya
pasal.Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.
Vrooommm......bedesup peginye...
ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj
memasing nie...dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman
kereta-kereta yg laju nie...

"over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi hadlaju, sebuah
ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak
percaye punye.........sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu
dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'

Telur rebusku sayang

Aku ada cerita ni... lawak la juga.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.

Sebelum aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.

Isi Borang Imigresen

al kisah tersebutlah kisah,
arakian berjalanlah kedua-dua pasangan yang telah lanjut usia, menuju ke kaunter imigresen, niat di hati nak pegi umrah…
tiba di sana dimintaklah borang untuk diisi,
Isteri: abang faham ker borang tu mcm maner nak isi
Suami: ala abang ni kalau setakat form orang putih ni kacang jer
Name: Ali Bin Deraman
Age: 63
Sex: _______________

bila dah masuk bab sex ni yang payah
si suami pon bertanya isteri
suami: sex tu aper yer Yang…?
isteri: ish tanya kiter lak…. tadi kata kacang
suami: setahu abang sex ni yang itu-itu tuuuuu… (sambil mencocok telapak tangan isterinya)
isteri: iyer ker bang……… benda macam ni pon depa nak tau gak ker
suami: agak-agak abang itulah kot
isteri: abis dia nak kita tulis apa kalau pasal benda tu bang..
suami: dia nak confirm kita sihat ker tak kot……
isteri: a’ah!!! abis tu abang nak tulis apelah
suami: kita tulis ajelah apa2 yg boleh yakinkan depa yg kita ni masih sihat dan kuat
isteri: dia nak tahu berapa kerap kot………(tersenyum tersipu-sipu)
suami: a’ah! bijak juga isteri abang ni…
isteri: abang nak tulis camner bang
suami: everyday kot…
isteri: everyday tu apa bang
suami: tiap-tiap hari ler
isteri: mak aiiii!!!……… dah buang tebiat ker org tua ni, masa mula2 kahwin dulu boleh ler… abang tak malu ker tulis macam tu dah tua-tua begini
suami: iyer tak iyer jugak kan, abis tu nak tulis ape
isteri: abang tulis jer lah jarang-jarang, kan dia nak tahu kita sihat ker tak jer…. jarang-jarang tu dah kira ok aper kalau banding ngan umur kita yg dah tua ni…
suami: baiklah………abang isi jarang-jarang ajelah
Name: Ali Bin Deraman
Age: 63
Sex: Seldom

bla…bla…bla…
Di kaunter
Peg.Imigresen: Semua dah lengkap pakcik cuma satu jer yg tak jelas sangat
Ali: Apa dia nak
Peg. imigresen: pasal SEX ni kenapa pakcik tulis SELDOM
Ali: syyyyyyyyyyyhhhhhhh!!!!!!!!!! (pelan-pelan nak…)
Peg.Imigresen: (kenapa pakcik?)
Ali: malu nak…..
————————————————————-
Passport pon siap selepas seminggu
Suami: oh! lain kali kalau ada form tanya pasal sex kena bubuh M rupanya, macam dia tahu jer aku ni saiz M jer…….
Isteri: yang saya ni lak apsal dia bubuh F
suami: eh!eh! tengok Yang… iye tak iye gak, agaknya sebab awak selalu fail kot
Isteri: fail apernya bang?
Suami: awak kan mandul…………..

Mualaf Menikah di Selatan Patani



Walaupun benda nie dh lama saja aku nak post semalam tgk tergelak-gelak plak aku tengok hui3...kecoh betul la pengantin laki nie...adoii!! siap sound tok iman gila plak tu...pecah perut aku.

Orang nak jadi kaya, kita nak jadi kaya. Orang belajar nak jadi kaya, anda tidak mahu belajar. Akhirnya orang jadi kaya, anda tidak.

Tidak payah fikir-fikir, Kalau nak jana 100 USD sehari beli sahaja ebook ini.

Buat duit dengan ebay!!! Ya, semua orang tahu, ebay lubuk wang, boleh buat duit dan sebagainya tetapi kenapa anda tidak mahu rebut peluang ini. Kerana apa ?

Takut ---- Jika takut, bagaimana hendak kaya?
Takut rugi ---- Allah maha kaya, rezeki ada melimpah ruah untuk setiap hamba-Nya.
Takut nak melabur ---- Kalau hendak kaya wajib melabur. Beli loteri pun pakai duit

Apa alasan anda untuk tidak mencuba? Tidak ada bukan. Anda tidak mahu mencuba kerana memang anda tidak mahu. Jadi, pada mereka yang tidak mahu mencuba keluar dari sini. Yang mahu mencuba teruskan bacaan.


Ebay memang boleh buat duit. Lihat screenshot pendapatan saya di bawah.

Bila Setiap Perdana Menteri Mempunyai Facebook

Penghantar: hazim

Sam & Dol - Lawak Pendek

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

------------------------------------------------------

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

------------------------------------------------------

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

------------------------------------------------------

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

------------------------------------------------------

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah

------------------------------------------------------

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

------------------------------------------------------

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

------------------------------------------------------

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

------------------------------------------------------

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

Panas !!! Nie Dia Gambar Nabil Raja Lawak Bercumbu

Tiga keping gambar Nabil Raja Lawak yang tersebar di beberapa blog dan ke tangan wartawan hiburan membuatkan Nabil rasa rimas dan susah hati. Nabil menafikan gambar panas yang mirip wajahnya sedang bercumbu dengan seorang gadis teman tapi mesranya, Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen atau Qasha, 18, dalam aksi bercium mulut.

Nabil kata gambar tu bukan gambar dia dan Qasha tetapi menggunakan teknik superimpose yang canggih, sampai orang tak dapat kesan sama ada gambar tu tulen ke palsu.
Gambar tu tidak pernah disebarkan di mana mana media dan gambar tu kononnya diambil dari laptop Nabil secara curi.



Baru-baru ni Nabil yang pernah bercinta dengan Irma Hasmie dah putus, belum habis lagi cerita tu, timbul pulak kisah Nabil dengan Qasha ni yang dilihat mesra seperti sepasang kekasih. Qasha ni ialah kakak kepada pelakon remaja dalam Ahmad Durrah, Zaris Nelydia.


Nabil dan Qasha


Nabil dan Qasha yang dikatakan kekasih baru Nabil

Gambar panas yang tersebar dikatakan mirip Nabil



Alahai..betul ke tak betul tu gambar Nabil? tetapi telinga capang tu macam ku kenal heheh!!

p/s :  Tersalah langkah buruk padahnya, naik cepat jatuh pun cepat..hidup dalam dunia glemer mungkin boleh lupa diri..hidup ini ibarat roda2 kotaraya.

Aku pun xtau la kebenaran gambar2 diatas, ada yg cakap superimpose ada yg ckp betul hehehe nak tau lebih lanjut korang klik Tiga gambar panas mirip Nabil tersebar  artikel dari Berita Harian

Kredit kat tuan punya gmbar dan artikel, link tgk kt gambar..

Terbaru : Proton Inspira Vs Mitsubhisi Lancer

Pada suatu hari, Mitsubishi Lancer bertemu dengan Proton Inspira secara tidak sengaja ketika menunggu giliran di drive-thru McDonald. Oleh kerana bosan sebab servis yang agak lambat, diorang pun bersembang-sembang. Ikuti perbualan mereka seterusnya..
5104851379 c992df38ea update! Mitsubishi Lancer VS Proton Inspira
5105447574 f10daf6d4d update! Mitsubishi Lancer VS Proton Inspira5104851443 dcd74709b2 update! Mitsubishi Lancer VS Proton Inspira5105447672 df07f42905 update! Mitsubishi Lancer VS Proton Inspira5105447704 9bedcd27e8 update! Mitsubishi Lancer VS Proton Inspira5104851581 bfbd886265 update! Mitsubishi Lancer VS Proton Inspira

5105447446 2e627888b1 update! Mitsubishi Lancer VS Proton Inspira

Sapa gelak dia tak patriotik! Haha! This is epic! Sapa la punya kerja ni, confirm salah sorang owner Mitsubishi Lancer punya kerja ni. Ye lah, lepas ni tak market dah la kereta dia bila bawak balik kampung nak beraya. Haha untuk tu jugak!

Dengar cerita Mitsubishi terpaksa buat partnership dengan Proton sebab Mitsubishi Lancer tak laku kurang mendapat sambutan di Malaysia. Betul ke hah?

http://faeiz.com

KELAKARGILA !!!! Dah Kembali Beroperasi !

Sekian lama Kelakargila !!!! menghilangkan diri harap semua peminat memaafkan saya, disebabkan ada masalah yang tak dapat saya elakkan, kini semua dh kembali ok! Harap pada peminat2 setia Kelakargila!!!! teruskan melawati Kelakargila !!!! kerana tanpa anda siapalah kami...

Rindu ker kat Kelakargila !! Kalau sayangkan kami sokonglah kami.....

Enjoy!
Owner