Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk dapatkan update-update terkini melalui email dan melanggan kelakargila:

Nenek Hartawan



Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Abu pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Abu, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Abu : "Jangan cakap macam tu, nek..." (Tapi dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Abu : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Abu tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Abu : "?????"#@$%@$#@$%@%$@#@#$#@$@$@#$@$&*&

Dreber Jam Tersepit



Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut digantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu. Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya. "OOOO...patutlah tak jalan. Drebarnya mati tershepittttt....!!" Hahahahhahaha