Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk dapatkan update-update terkini melalui email dan melanggan kelakargila:

Delivered by FeedBurner

RM2 vs RM50 - Lawak yg sedih




Duit RM2 telah bertemu dengan RM50 dan bertanya:

"Oit! lama tak nampak ko, mana ko pergi?"

RM50 pun menjawab "Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi naik AirAsia,
makan buffet, lepak KL CITY Square , Spa, facial, konsert CT, M'sian Idol.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko
camner lak?"

RM2 menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, tabung
amal, surau, masjid ... ". 

p/s: sendiri mau fikir ...

Cantikkan Log In Wordpress Anda

SUDAH BOSAN DENGAN WORDPRESS LOGIN ANDA? hari - hari log in wordpress yang selalu begini.
kini, memperkenalkan PREMIUM wordpress log in dengan 20 jenis pilihan Premium wordpress login, lihat contoh dibawah, SANGAT MENARIK DAN CANTIK!!
Cara memasang semudah ABC, hanya upload sahaja pada wordpress plugin anda dan install, kemudian pilih template yang anda suka, selesai!

Dapatkannya segera!!!

Sila donate RM10 kepada Eliass Maybank 114393086898, selepas donate sila smskan LOG IN CANTIK + EMAIL ANDA + MASA BAYARAN ke 0179277417 

Bg pengguna maybank2u sila masukkan email saya blitz5755@yahoo.com beserta nama anda utk bukti bayaran

P/s: Plug in ini hanya untuk pengguna Wordpress Shj harap maklum. blogspot lom ade :)

TERHAD KEPADA 10 ORANG SAHAJA. HARAP MAKLUM!!!

Teka Teki Sengal

1) Semua haiwan jadi monyet,monyet jadi apa?
jwpn: Jadi banyak.

2) Antara ekor lembu dengan ekor tikus... ekor mana
yg lebih pjg & kenapa?
jwpn: ekor tikus lebih panjang sebab mencecah
lantai

3) Dari banyak banyak burung, burung mana jaga
atuknya sendiri?
jwpn: Burung belatuk aaa

4) Kalau kereta berhenti apa yg turun dulu ....?
jwpn: Speedometer turun dulu

5) kalu bas kemalangan n bas tu terjatuh ke dalam
sungai, apa yang masih hidup lagi walaupun bas tu

dalam air...?
jwpn: road tax dia arrr....

6) kete apa yang bolih jalan dari pokok ke pokok?
jwpn: nissan 323 (tree to tree)

7) apa yang paling pandai dalam makmal?
jwpn: termometer sebab byk degree :-p

8) Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya
jwpn: O.A.G (Orang Asli Gombak)

9) Kumpulan Rock yang Paling wangi
jwpn: MAY (Bau Sabun)

PERIHAL FILEM MELAYU CHINA & INDIA



Berikut adalah perbezaan antara filem/drama MELAYU, CINA dan INDIA.

Drama/Filem Melayu

1. 80% jalan cerita berkisar tentang:

a. Cinta.

b. Cinta 3 segi.

c. Cinta 4 segi.

d. Anak-anak rebut harta pusaka.

e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi
Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.

2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furniture.

Ada TV 29", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah.
(Director tak buat home work ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).

3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi
pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat.
Polis lak dialog pakai bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih
terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".

4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai
topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan
'kepala' Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning utk
pekerja buruh la bang ).

5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil,
selak-selak. Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan
jangan lupa makan ubat ". ( Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical
terms dia ).

6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah
menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti
nama dia Mak Nab atau Mak Jah.

7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat
umah, bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive
masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.

8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran
mesti dah sampai part sadakallah hulazim. ( Cover line kot ).

9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan,
pakai rantai dan pakai bracelet.

10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal
kena barah otak.

Drama/Filem Cina.

1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan
kaki. Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.

2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah
lengan besar jubah dia.

3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.

4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.

5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.

6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam
filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best ooo.....

7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.

8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling
mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).

9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air
paip.

10. Cerita Blue dia pun tak best. Awek mengerang jek lebih.

Drama/Filem India/Hindustan.

1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah.
Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar,
abang jadi Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena
tembak ngan abang dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah
adiknya sendiri melalui tanda parut.

2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.

3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan
Heat.

4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.

5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena
ketuk dengan tukul besi.

6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.

7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan
seramai satu kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap
lokasi hanya untuk satu lagu.

8. Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas
bumbung keretapi.

9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan
Hindi. Contoh

' I'm sorry. I didn't know that na pere tomhecha....bla....bla....bla...'.

10. Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya. Tu
yang pelik ramai plak yang tunggu sampai abih.

Dapat 1$ dari fast2earn ! Duit Free je !

Tempoh hari aku ada poskan pasal duit percuma disini ! arini aku dpt lg 1$ dari fast2earn, kalau korang nak tau fast2earn nie bknlah investment or hyip ke atau benda2 mengarut yang perlu kita keluarkan modal..projek nie affliate semata2...kerja kita hanya promosikan link fas2earn kita sendiri, bila ada org klik kita dpt $ dan bila org register je kita dpt 1$. Utk pengetahuan dia tak terus bayar, selagi belum 100$ tp sblm 100$ dia akan kasi skit2...1$ mcm tu la, tgk nie semalam baru je aku dpt 1$ terus ke paypal aku..

ok pada semua blogger2 kt luar sana, sape rasa nak buat duit free meh la, lepas tu drive la traffik byk2 pada link fast2earn korang, masyukkkk!!!!!!!!!!! apa tggu lagi masuk link nie


lepas masuk cari perkataan join atau sign up korang klik situ dan register.! Lepas tu promosi k...!Selamat Berjaya!

Kenapa Aku Anti Motosikal

Nie sejarah aku sebagai mat rempit yang insaf, cerita aku pun berdasarkan papan tanda jalanraya sbb dulu aku fanatik sgt dengan jalanraya....LOL....

"budak dalam nie"

Orang terlalu ramai dalam bas mini. Naiklah seorang
wanita muda yang sedang mengandung. Lalu dengan sopan dia berkata kepada
seorang lelaki yang sedang duduk di sebuah kerusi.

"Encik, bolehkan bagi saya duduk? Saya berdiri
tak apa, tetapi budak di dalam ni..".

Lelaki tu pun memberikan tempat duduknya kepada
wanita tersebut. Kemudian lelaki itu pun mengeluar rokok lalu menghisap
rokok, lalu wanita itu berkata ;

"Encik, boleh ke encik berhenti merokok. Saya tak
apa, tapi budak di dalam ni..".

Lelaki itu pun dgn tersipu² membuang putung
rokok tersebut. Tetapi di dalam hati membara, geram betul pada wanita
itu.

Dah lah aku kena beri tempat duduk aku, ni dia
boleh tegur aku yang sedang merokok. Macam mana aku nak pekena dia
pula?

Tiba² angin bertiup, dan terselaklah kain wanita
itu, dan nampaklah pangkal pahanya yang putih melepak, maka dgn spontan
lelaki itu berkata;

"Cik puan, boleh tak cik puan tutup kain cik
puan. Saya tak apa, tetapi budak di dalam (seluar) ni tak boleh ...."

Surat Mamat Minta Tiang Gol Baru Versi Terengganu

kalau korang tak paham kena tnya orang ganu ler..heheh...aku relax je paham!

10 Sebab Cuci Motor Lebih Baik Dari Berkhalwat

10 SEBAB CUCI MOTOR LEBIH BAIK DARI BERKHALWAT

1. Cuci motor boleh dilakukan d...epan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.

2. Masa sedang asyik menggosok dada motor tak perlu tengok-tengok kiri kanan.

3. Motor tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.

4. Boleh tangguh beberapa minit , pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.

5. Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggung jawab sekiranya hendak mula mencuci motor.

6. Lepas cuci boleh naik dan henjut-henjut serta tunggang-tunggang dalam sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin.

7. Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi , depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh.

8. Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang.

9. Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh kawan-kawan. Majikan tidak akan memecat anda.

10. Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas , anda boleh menegur dengan senang hati dan mempelawa mereka mencuci motor !

so jangan risau la korang k ~

Penyanyi legenda tanah air, Datuk Ahmad Jais meninggal dunia



Penyanyi veteran Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais meninggal dunia di Pusat Perubatan DEMC, jam 9.20 pagi ini dipercayai akibat masalah paru-paru.

Allahyarham Ahmad Jais berusia 75 tahun.Menantunya, Amirul Izwan Razak, 28, berkata jenazah Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negeri Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, hari ini.


Penyanyi yang popular dengan lagu “Selamat Hari Raya” dan “Budi Setahun Segunung Intan” yang dinyanyikan bersama Kartina Dahari itu dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak dua minggu lalu kerana kesukaran bernafas.

Allahyarham Ahmad Jais meninggalkan lima orang anak dan isterinya Mas Halilah Mas Nayeem telah meninggal dunia pada 22 Jun 2009.


Penyanyi yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lalu, tetapi sakitnya mula serius pada malam 20 September lalu sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Seksyen 20 di sini. 


Allahyarham kemudian dipindahkan ke DEMC untuk rawatan lanjut. 
Persembahan terakhir Allahyarham ialah pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat kebangsaan di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 September lalu yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. – BERNAMA

Lawak Burung KakakTua Spesel



Pada suatu hari sorang suami baru pulang dari Brazil, membawa burung kakak tua yang sangatlah spesel..

Si isteri bertanya..pada si suami..

" Abang..buat aper beli burung tu..?! Kan mahal tu..!"
...
Suami menjawab..

" Ala takper..burung ni spesel..tengok nie.."

Suaminya mengangkat tangan kiri dan memetik jarinya..burung itu terus menyanyi lagu POP..

Si isteri sangat suka..dan menyuruh suaminya mengangkat tangan kiri plak..

Si suami..berbuat demikian dan memetik jarinya.. dan burung itu terus menyanyi lagu ROCK pula..

Si isteri pun suka dan bertanya..

" Abang, kalau kita angkat kedua-dua tangan plak camner..?"

Suaminya menjawab.." Awak cuba la buat.."

Si isteri mengangkat kedua2 tangannya dan memetik jarinya..lalu..burung itu pun berkata...

" SATU SATU LAH, BODOH..!!! "

Obesiti Bukan Penghalang Bersikap ‘Happy Go Lucky’

Dari sudut kesihatan, obesiti merupakan sejenis penyakit yang berkaitan dengan nutrisi. Tetapi, dari pandangan mata masyarakat, obesiti adalah satu masalah yang melibatkan gaya hidup dan pemakanan seseorang.

Malah, penyakit ini semakin menular dan menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal usia dan latarbelakang. Hal ini terjadi disebabkan oleh faktor obesiti yang datang dalam pelbagai bentuk seperti genetik, gaya makan, gaya hidup, persekitaran, dan lain-lain.

Masalah ini semakin runcing apabila seseorang yang mengalami obesiti lebih suka duduk di rumah dan menonton televisyen sehari suntuk tanpa melakukan sebarang aktiviti. Walhal tindakan itu salah kerana ia tidak memberikan sebarang penyelesaian kepada masalah obesiti.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda seorang yang berhadapan dengan masalah obesiti, anda tidak seharusnya merasa rendah diri dan kerap mengeluh. Sikap seperti itu mampu membuatkan anda tertekan dan tidak seronok menjalani kehidupan.

Oleh itu, di bawah ini terdapat 6 tips untuk anda bersikap ‘Happy Go Lucky’ walaupun badan anda bersaiz besar daripada orang lain.


1.    Tolak Tepi Kata-Kata Negatif

-    Orang sekeliling anda memang suka untuk mengenakan seseorang yang berbadan besar. Ketahuilah, perkara ini terang-terangan menyebabkan anda menjadi tidak yakin dan merasa diri serba kekurangan. Akhirnya, persepsi itu memusnahkan hidup anda. Oleh itu, anda perlu tangani situasi ini dengan kuatkan semangat seterusnya menghapuskan kata-kata negatif itu daripada terus bermain dalam minda anda. Ianya tidak mudah tetapi anda mampu lakukannya! 


2.    Fikirkan Anda ‘Luar Biasa’

-    Bagaimana untuk lakukannya? Pertama, anda perlu mengubah cara pemikiran anda kepada yang lebih positif. Setiap hari, renung cermin dan katakan kepada diri sendiri bahawa anda seorang yang luar biasa dan lebih hebat daripada insan lain. Amalkan setiap kali bangun daripada tidur sehingga pemikiran itu tertanam dalam minda anda. Semasa merenung cermin, buangkan segala kata-kata negatif yang menghantui diri anda agar teknik ini menjadi lebih berkesan.


3.    Bergaya Seperti Yang Lain

-    Obesiti bukan penghalang untuk anda bergaya seperti orang lain. Hiaslah diri anda dengan pakaian yang cantik-cantik. Mekap muka anda agar kelihatan lebih menyakinkan dan outstanding. Tiada siapa yang nak marah. Itu kan hak anda!


4.    Aktif Dengan Pelbagai Aktiviti

-    Sekiranya selama ini anda tidak pernah terlibat dengan sebarang akiviti, inilah masanya untuk anda berbuat demikian. Anda boleh ikuti sebarang aktiviti kelab atau persatuan di sekolah, universiti mahupun pertubuhan luar. Dengan menyertai pelbagai aktiviti, ianya membuatkan anda menjadi lebih mahir dan pakar terhadap sesuatu perkara. Sekaligus membuatkan anda lupa terhadap kelemahan diri yang sedang anda fikirkan.


5.    Hangout Dengan Rakan-Rakan

-    Sebelum ini, apabila rakan mengajak anda keluar, jawapan yang biasa anda berikan adalah dengan mengatakan tidak. Ini kerana anda berasa malu untuk keluar disebabkan keadaan diri anda yang obesiti. Sepatutnya, anda perlu buang sikap malu itu dan keluar bersama rakan-rakan. Aktiviti itu mampu menceriakan dan menggembirakan diri anda. Hal ini membuatkan anda merasa tidak tersisih.


6.    Panjatkan Kesyukuran

-    Anda sebaiknya merasa bersyukur dengan kurniaan Allah S.W.T. Ini kerana, anda bukannya cacat dan langsung tidak boleh bergerak untuk melakukan sebarang kerja atau aktiviti. Ingatlah, terdapat insan yang lebih susah daripada anda. Buktikan bahawa anda mempunyai kekuatan yang tersendiri tetapi tidak dimiliki oleh orang lain.


Sejurus anda mempunyai minda yang positif, mungkin anda boleh mula plan untuk kuruskan badan dengan mengikut panduan yang betul. Jangan terburu-buru dalam menguruskan badan kerana ia boleh membahayakan diri sendiri.

Untuk mengetahui panduan diet yang betul dan berkesan khas buat para wanita, anda boleh layari ke http://www.rahsiadietwanita.com/hop.php?ref=rahsiawanita untuk dapatkan ebook Rahsia Diet Wanita.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas,

ADMIN

Lawak Sam budak yang berimiginasi tinggi




Sam merupakan seorang pelajar yang pandai dan berimaginasi tinggi. Setiap kali peperiksaan atau ujian dia akan dapat skor dengan baik. Tetapi sejak akhir-akhir ini tumpuan Sam terhadap pelajaran semakin merosot. Hilang fokus, tak berdaya dan lebih suka menyendiri. Mungkin juga di sebabkan masalah keluarga yang di hadapinya di rumah.

Setiap hari, sesi persekolahan berlangsung seperti biasa. Suatu hari menjelang peperiksaan, ada sesi tutorial di kelas. Cikgu Matematik Sam yang comel dan seorang yang happy go-lucky menyedari akan perubahan kepada diri Sam.

Menyedari Sam tidak menumpukan perhatian di dalam kelas, Cikgu Ayu secara tiba-tiba memanggil nama Sam. Berulang kali jugaklah. Akhirnya Sam tersentak. "Sam, apakah hasil tambah nombor yang kita bincangkan tadi? 721, 812, 413 dan 612?

Ahh! Sambil tergaru-garu kepala yang tidak gatal, dengan pantas, konfiden dan selambanya Sam menjawab, Astro Cikgu! AXN, ESPN, Star Movie dan Nickelodeon. Dengar je jawapan dari Sam, Cikgu Ayu terus terpengsan.


******************

Loceng tamat sekolah berdering. Murid-murid lain bergegas lari untuk balik. Ada yang pergi ke ibubapa yang menunggu di luar kelas dan tak kurang ke bas sekolah yang menanti sejak awal lagi. Bagi Sam seperti kebiasaan ayahnya akan menjemput. Dan semestisnya akan lewat.

Sejam berlalu, baru kelihatan kelibat ayahnya. Dengan cool Sam naik kereta di sambut manja emaknya di sisi. Dalam perjalanan pelbagai perkara lucu di borakkan. Tapi tidak seperti kebiasaan, ayahnya yang seorang pendiam hanya menumpukan kepada pemanduan.

Setiba di satu tempat, kereta ayahnya di tahan oleh pegawai polis. Dan berlakulah dialog antara ayah, emaknya serta pegawai polis. Sam hanya menunggu di dalam kereta sebagai pemerhati.


Ayah : Apa masalahnya, Encik?

Polis : Awak telah memandu kereta lebih dari had limit. 100 ke 120 km/h.

Ayah : Mana ada tuan, baru 80 kot.

Emak : Hah! Apsal abang bawak laju lebih dari 90 tadi. Kan dah kena tahan! (Sambil itu ayah Sam menjeling tajam ke arah makya)

Polis : Saya juga akan keluarkan saman kerana lampu belakang awak tak berfungsi sepenuhnya.

Ayah : Lampu belakang? Saya tak tau pon tak hidup. Hari tu tengok ok je.

Emak : Aih! abang bukankah 2 minggu lepas sayang dah tegur. Awak buat tak tau je kan. Isshh!! (Ayah Sam menjeling lagi. Tapi kali ini lebih serius)

Polis : Saya juga akan bagi kompaun sebab tak pakai tali pinggang keledar.

Ayah : Oh tidak! Saya baru je bukak kot semasa encik tahan saya. Kalau saya tak bukak macam mana nak keluar dari kereta ni. Berdiri depan Encik macam ni!

Emak : Sayang, bukan ke awak tak suka pakai tali pinggang!

Ayah Sam terus memalingkan mukanya. Dengan nada yang garang dan muka yang bengis, satu teriakan kedengaran kepada emaknya. "DIAMLAHHH!"



Dalam keadaan terpinga-pinga, pegawai Polis tersebut pergi ke arah emak Sam dan bertanyakan sesuatu. "Puan, selalukah suami puan menengking dan bercakap dengan puan seperti ini, sebelum ini?

Sambil bersahaja, emak Sam terus menjawab, "Tak Encik! kecualilah kalau dia mabuk je".

Akhirnya beberapa helai kertas lagi di tandatangan oleh ayahnya. Setelah selesai semua beredar.


******************

Akibat terlalu emosi dan perasaan agak terganggu selepas kejadian tadi, melihat keadaan itu, emak Sam mengajak mereka untuk minum petang dekat Restoran Starbuck berdekatan bagi mengurangkan ketegangan. Kereta terus di parking, seterusnya ketiga-tiga mereka berjalan memasuki restoran dan duduk di suatu sudut yang santai.

Seorang pelayan wanita datang mengambil order. Seperti biasa Sam hanya order Indo Mee ayam dan segelas horlick ais manakala emaknya hanya minum Banana MilkShake. Selepas itu tiba giliran ayahnya untuk memesan makanan. Kelihatan ayahnya masih kebingungan. Datang pelayan wanita itu mendekati rapat dengan ayah Sam.

Pelayan Wanita :  Would you like your coffee black, sir?
Ayah : Hah! Entahlah. Ada ke coffee warna lain dekat kedai ni? Later, I'll calling you back to make order, ok.



Pelayan tersebut tanpa menoleh dengan lajunya terus beredar ke kaunter. Mungkin juga kerana malu.

******************

Setelah perut mereka kenyang, perjalanan di teruskan. Seperti biasa juga, ayahnya akan singgah di kindergarden untuk ambil adik Sam yang berumur 4 tahun di sana. Mereka pon tiba di rumah dengan selamat.

Hari dah petang, akibat bosan di rumah, Sam ajak adik dia bermain dekat luar. Adiknya, Sofia, mengikut segala ajakan tanpa bantahan. Biasalah budak kecik mana tau apa sangat.

Pelbagai mainan di mainnya mereka. Batu seremban, congkak, pondok-pondok tak kurang main masak-masak. Sam mulai bosan dan mendapat idea baru. Dia membayangkan apa yang telah di tengok di tv. Antaranya seperti di rancangan kartun Sin Chan.

Yeeha! Action Kamen. Action! action! Dush! dush! dush! Belum sempat meneruskan aksi, adik Sam bersuara. "Abang, abang, Action Kamen boleh terbang tak? Sam seperti biasa dengan muka selambanya, menjawab, YA! Action Kamen boleh terbang macam Superman tau tak? "Sofia nak terbang?" tanya Sam kepada adiknya.



Dengan curious Sofia menjawab "Nak! nak! Boleh jadi superwomen. Ewww. Bestnya kan abang?"

Ok. Kalau nak jadi superwomen kena berani. Mari sini abang tunjukkan. Senang je. Sofia kena mengepak-ngepak je tangan tu. Lagi kuat lagi tinggi boleh terbang.

Mengikut arahan seperti apa yang di katakan abangnya, Sofia akhirnya memanjat tetingkap dekat rumah mereka. Mengepak dengan pantas macam ayam kena kejar dan seterusnya terjun. Puk! Terdengar bunyi hentakan dari lebih kurang 6 meter tingginya.

Tiba-tiba emak Sam datang dan menjerit dari bilik berdekatan, seraya berkata, "Apa yang berlaku ni, Sam? MasyaAllah".

Sam menjawab, "Adik cuma ajar dia bagaimana nak jadi Action Kamen. Nak ajar Sofia supaya jangan percaya apa yang orang lain bagitau je. Tu pon salah ke?".

Akibat kena marah dengan emaknya, Sam terus berlari ke dalam bilik sambil menangis teresak-esak...



P/s : Ajarlah anak-anak dengan betul ye. Kalau ibubapa penuh dengan masalah tak mustahil satu keluarga juga bermasalah :)

Artikel Dihantar oleh samposmen http://samposmen.blogspot.com

Tips Pilih Bini





Nak Pandai = Cari isteri cikgu
Nak sihat = Cari isteri doktor
Nak kaya = Cari isteri anak tan sri
Nak glamour = Cari isteri artis
Nak gaduh = Cari isteri samseng
Nak sembang = Cari isteri penceramah
Nak alim = Cari isteri ustazah
Nak gemuk = Cari isteri chef
Nak selamat = Cari isteri polis
Nak stylo = Cari isteri kaki shopping
NAK MAMPUS = Cari isteri muda yg 1 ofis dgn isteri tua…