Sam merupakan seorang pelajar yang pandai dan berimaginasi tinggi. Setiap kali peperiksaan atau ujian dia akan dapat skor dengan baik. Tetapi sejak akhir-akhir ini tumpuan Sam terhadap pelajaran semakin merosot. Hilang fokus, tak berdaya dan lebih suka menyendiri. Mungkin juga di sebabkan masalah keluarga yang di hadapinya di rumah.
Setiap hari, sesi persekolahan berlangsung seperti biasa. Suatu hari menjelang peperiksaan, ada sesi tutorial di kelas. Cikgu Matematik Sam yang comel dan seorang yang happy go-lucky menyedari akan perubahan kepada diri Sam.
Menyedari Sam tidak menumpukan perhatian di dalam kelas, Cikgu Ayu secara tiba-tiba memanggil nama Sam. Berulang kali jugaklah. Akhirnya Sam tersentak. "Sam, apakah hasil tambah nombor yang kita bincangkan tadi? 721, 812, 413 dan 612?
Ahh! Sambil tergaru-garu kepala yang tidak gatal, dengan pantas, konfiden dan selambanya Sam menjawab, Astro Cikgu! AXN, ESPN, Star Movie dan Nickelodeon. Dengar je jawapan dari Sam, Cikgu Ayu terus terpengsan.
******************
Loceng tamat sekolah berdering. Murid-murid lain bergegas lari untuk balik. Ada yang pergi ke ibubapa yang menunggu di luar kelas dan tak kurang ke bas sekolah yang menanti sejak awal lagi. Bagi Sam seperti kebiasaan ayahnya akan menjemput. Dan semestisnya akan lewat.
Sejam berlalu, baru kelihatan kelibat ayahnya. Dengan cool Sam naik kereta di sambut manja emaknya di sisi. Dalam perjalanan pelbagai perkara lucu di borakkan. Tapi tidak seperti kebiasaan, ayahnya yang seorang pendiam hanya menumpukan kepada pemanduan.
Setiba di satu tempat, kereta ayahnya di tahan oleh pegawai polis. Dan berlakulah dialog antara ayah, emaknya serta pegawai polis. Sam hanya menunggu di dalam kereta sebagai pemerhati.
Ayah : Apa masalahnya, Encik?
Polis : Awak telah memandu kereta lebih dari had limit. 100 ke 120 km/h.
Ayah : Mana ada tuan, baru 80 kot.
Emak : Hah! Apsal abang bawak laju lebih dari 90 tadi. Kan dah kena tahan! (Sambil itu ayah Sam menjeling tajam ke arah makya)
Polis : Saya juga akan keluarkan saman kerana lampu belakang awak tak berfungsi sepenuhnya.
Ayah : Lampu belakang? Saya tak tau pon tak hidup. Hari tu tengok ok je.
Emak : Aih! abang bukankah 2 minggu lepas sayang dah tegur. Awak buat tak tau je kan. Isshh!! (Ayah Sam menjeling lagi. Tapi kali ini lebih serius)
Polis : Saya juga akan bagi kompaun sebab tak pakai tali pinggang keledar.
Ayah : Oh tidak! Saya baru je bukak kot semasa encik tahan saya. Kalau saya tak bukak macam mana nak keluar dari kereta ni. Berdiri depan Encik macam ni!
Emak : Sayang, bukan ke awak tak suka pakai tali pinggang!
Ayah Sam terus memalingkan mukanya. Dengan nada yang garang dan muka yang bengis, satu teriakan kedengaran kepada emaknya. "DIAMLAHHH!"
Dalam keadaan terpinga-pinga, pegawai Polis tersebut pergi ke arah emak Sam dan bertanyakan sesuatu. "Puan, selalukah suami puan menengking dan bercakap dengan puan seperti ini, sebelum ini?
Sambil bersahaja, emak Sam terus menjawab, "Tak Encik! kecualilah kalau dia mabuk je".
Akhirnya beberapa helai kertas lagi di tandatangan oleh ayahnya. Setelah selesai semua beredar.
******************
Akibat terlalu emosi dan perasaan agak terganggu selepas kejadian tadi, melihat keadaan itu, emak Sam mengajak mereka untuk minum petang dekat Restoran Starbuck berdekatan bagi mengurangkan ketegangan. Kereta terus di parking, seterusnya ketiga-tiga mereka berjalan memasuki restoran dan duduk di suatu sudut yang santai.
Seorang pelayan wanita datang mengambil order. Seperti biasa Sam hanya order Indo Mee ayam dan segelas horlick ais manakala emaknya hanya minum Banana MilkShake. Selepas itu tiba giliran ayahnya untuk memesan makanan. Kelihatan ayahnya masih kebingungan. Datang pelayan wanita itu mendekati rapat dengan ayah Sam.
Pelayan Wanita : Would you like your coffee black, sir?
Ayah : Hah! Entahlah. Ada ke coffee warna lain dekat kedai ni? Later, I'll calling you back to make order, ok.
Pelayan tersebut tanpa menoleh dengan lajunya terus beredar ke kaunter. Mungkin juga kerana malu.
******************
Setelah perut mereka kenyang, perjalanan di teruskan. Seperti biasa juga, ayahnya akan singgah di kindergarden untuk ambil adik Sam yang berumur 4 tahun di sana. Mereka pon tiba di rumah dengan selamat.
Hari dah petang, akibat bosan di rumah, Sam ajak adik dia bermain dekat luar. Adiknya, Sofia, mengikut segala ajakan tanpa bantahan. Biasalah budak kecik mana tau apa sangat.
Pelbagai mainan di mainnya mereka. Batu seremban, congkak, pondok-pondok tak kurang main masak-masak. Sam mulai bosan dan mendapat idea baru. Dia membayangkan apa yang telah di tengok di tv. Antaranya seperti di rancangan kartun Sin Chan.
Yeeha! Action Kamen. Action! action! Dush! dush! dush! Belum sempat meneruskan aksi, adik Sam bersuara. "Abang, abang, Action Kamen boleh terbang tak? Sam seperti biasa dengan muka selambanya, menjawab, YA! Action Kamen boleh terbang macam Superman tau tak? "Sofia nak terbang?" tanya Sam kepada adiknya.
Dengan curious Sofia menjawab "Nak! nak! Boleh jadi superwomen. Ewww. Bestnya kan abang?"
Ok. Kalau nak jadi superwomen kena berani. Mari sini abang tunjukkan. Senang je. Sofia kena mengepak-ngepak je tangan tu. Lagi kuat lagi tinggi boleh terbang.
Mengikut arahan seperti apa yang di katakan abangnya, Sofia akhirnya memanjat tetingkap dekat rumah mereka. Mengepak dengan pantas macam ayam kena kejar dan seterusnya terjun. Puk! Terdengar bunyi hentakan dari lebih kurang 6 meter tingginya.
Tiba-tiba emak Sam datang dan menjerit dari bilik berdekatan, seraya berkata, "Apa yang berlaku ni, Sam? MasyaAllah".
Sam menjawab, "Adik cuma ajar dia bagaimana nak jadi Action Kamen. Nak ajar Sofia supaya jangan percaya apa yang orang lain bagitau je. Tu pon salah ke?".
Akibat kena marah dengan emaknya, Sam terus berlari ke dalam bilik sambil menangis teresak-esak...
P/s : Ajarlah anak-anak dengan betul ye. Kalau ibubapa penuh dengan masalah tak mustahil satu keluarga juga bermasalah :)
Artikel Dihantar oleh samposmen http://samposmen.blogspot.com
No comments:
Post a Comment