Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk dapatkan update-update terkini melalui email dan melanggan kelakargila:

Datin Dan Bibik Terlampau

Gambar hiasan je
Perbualan antara org gaji n puan rumah Datin Maimun kedaung mintak naik gaji...

Bibik : "Datin, saya nak minta naik gaji...!"
Datin : "kenapa saya harus naikkan gaji kamu?"
Bibik : "ada 3 alasan nyonya..! Pertama saya membersihkan rumah
          lebih bersih daripada Datin."
Datin : "Siapa yang cakap?".
Bibik : "Dato' yang cakap".
Datin : Oh? (sambil menahan amarah)
Bibik : "Kedua, saya memasak lebih sedap daripada Datin".
Datin : "Siapa yg cakap?".
Bibik : "Dato' yg cakap".
Datin : oh? (..ggrrrrrkkk..!!!..)
Bibik : "Ketiga, saya di ranjang lebih hebat daripada Datin".
Datin : oh?! "Dato' juga yang cakap ker?".
Bibik : "Bukan Datin.. Razman, rumah bujang sebelah rumah yang     
          cakap, katanya Datin kurang hebat di ranjang"
Datin : "ssssstt!!! Kamu mintak nak naik berapa?"

Sekadar lawak je jgn buat camni tau..wahai datin - datin kat luar tu..

Lawak - Najwa Latiff dan Cikgu


Suatu hari Najwa Latif berpindah ke sekolah baru....

Cikgu : selamat berkenalan....

Najwa : kita Berkenalan hanya dalam laman muka buku....
Cikgu : sat gi cikgu hantar kau dekat guru besar baru tau...
Najwa : Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ooohh uwouwouwo
Cikgu : cikgu sakit hati dah ni
Najwa : hati ku rasa sesuatu
Cikgu : sebelom kamu balik, datang jumpa saya kat office..
Najwa : Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Cikgu : atau kamu nak saya hantar kamu dekat guru besar?
Najwa : Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Cikgu : cikgu rasa kamu ni dah tak betol..
Najwa : Oh oh benarkah rasa itu...
Cikgu : ingat taw.. sebelum balik nanti kamu datang office jumpa saya!!
Najwa : bagaimana harus bersua...ku rasa gementar tapi bahagia
Cikgu : memang kalau ade peluang nak rotan je kamu ni...
Najwa : perlukah kita cari peluang pertama..
Cikgu : saya dah agak hang ni bermasalah..
Najwa : walaupun kita tak pernah berjumpaa..... ooohh uwouwouwo
Cikgu : otak saya dah sarat dengan macam2 masalah.. Kamu ni buat???...
Najwa : Banyak persoalan yang berada di minda
Pelajar lain menyampuk: cikgu ni banyak tanya la...
Najwa : Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Cikgu disiplin : cikgu jom pegi lunch dengan saya kejap lagi
Cikgu : Argh, tak nak, nak settle kes najwa ni
Najwa : Otak kata jangan hati pula kata ya =)
cikgu : tak menentu saya di buatnya..
Najwa : Hidup tak menentu adakah ini cinta......
Cikgu : konfius!!!
Najwa : banyak soalan banyak juga jawapannya
Cikgu Disiplin : masuk bilik saya nak jalankan operasi merotan ni...
Najwa : setiap yg berlaku ada kebaikannya,harus pejam mata dan cuba apa saja...
Cikgu Disiplin : kamu pandang muka saya..
Najwa : Pabila kau renung tajam tajam mata aku
Cikgu Disiplin : cikgu, kau rasa kita nak report kat encik latif ke..
Cikgu : aku rasa...
Najwa : Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Cikgu : Najwa! Ape semuanya ni?
Najwa : Oh oh ini cinta remajaku..
Cikgu : cinta? Dengar baik2 kata-kata cikgu ni...
Najwa : Dan pabila kau katakan kau suka aku... ^^,
Cikgu Disiplin : sudah., Diam!!
Najwa : Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju...
Cikgu Disiplin : Cikgu! cinta apa yang dia merepek ni?
Cikgu : Oh oh itulah cinta yang satu...
Najwa : Cinta di muka bukuu....



Sekadar rekaan semata...jgn marah plak najwa..

Agen Streamyx, Unifi, Maxis, Celcom & P1 Dikehendaki, Komisyen Lumayan


Salam sejahtera salam 1 malaysia
Arini saya nak mengajak anda buat duit lagi , dahulu saya pernah mencanangkan di topik lama anda boleh rujuk disini

Sape nak jadi agen STREAMYX....Komisen lumayan !!! (Dengan Sistem Affiliate)

masa dulu pos tu mcm suka - suka je sebab mcm tak yakin, sedar tak sedar dh ada 30 orang dibawah tajaan saya, ntah mcm mana ada pulak downline - downline saya dalam tu aktif menjual produk - produk internet terbaru Streamyx, Unifi, Maxis, Celcom & P1, skrg nie pula tengah hot dengan maxis fiber internet



Jadi kira network saya nie berjalan jugak le, maka saya dah 2 - 3 kali jugak merasa komisyen walaupun tak banyak dapat, sebab saya bukan aktif pun, tapi downline saya aktif...jadi dpt ler saya skit - skit, boleh tengok bukti terkini saya,


Bukti dalam akaun Tagter.com saya

Bukti akaun Maybank masuk duit...:)

Jadi bukti semua dh ada, jangan cakap banyak lagi anda boleh buat pendaftaran percuma dan tak perlu bayar apa - apa untuk mula buat keuntungan, senang je kerja anda promosi produk terbaru dan terhangat di mana - mana, bila customer nak produk tu, anda registerkan untuk dia, dalam web ada panduan, nanti pihak company akan ambik tindakan selanjutnya, anda tak perlu bersusah - susah pergi pejabat tm.net pun. lepas tu komisyen terussss......masuk ke bank anda...senang bukan?

Dulu company nie nama micropurple skrg dh tukar nama jadi tagter, korang jgn confius plak...oklah, malas nak cerita lagi, pecaya ke tak rezeki anda ada disini? yakin la skit, kerja senang takkan tak boleh buat.

ok jom register percuma disini, Tagter.com masuk dan baca dulu, tgk plan dia kasi tu.Ok jumpa disana. Apa - apa soalan boleh tinggalkan komen.

Yang Ikhlas
Eliass Kelakargila


Thor Dalam Kehidupan Anda..

Baca betul2 kalau nak paham, thor baekkkk !!

Orang Asli dan Jam



Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut digantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

 Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya.

 "OOOO...patutlah tak jalan. Drebarnya mati tershepittttt....!!"

Pemain Simpanan



Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"

"Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la."
"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"

"Kan kami nie pemain simpanan...".