Assalamualaikum w.b.t.
& Salam Sejahtera,
Maaf harini takde lawak, cuma sedikit tazkirah dan nasihat
berkenaan amalan terbaik iaitu membaca Al-Quran.
Hakikat sekarang yang
terpaksa kita hadapi adalah, ramai umat islam sanggup berhabisan mendapatkan
gadget impian mereka yang bernilai ribuan ringgit, tetapi tidak sanggup untuk
membeli sebuah Al-quran, malah tiada sebuah A-Quran pun di rumah. Kemajuan
teknologi yang berkembang pesat tidak dimanfaat sepenuhnya untuk kemajuan diri
sendiri.
Menolak Kemajuan
teknologi adalah sesuatu yang sangat merugikan dalam keadaan zaman sekarang
kerana teknologi akan membantu urusan seharian yang bergerak semakin pantas.
Entry ini saya ingin berkongsi sebuah ciptaan teknologi yang sangat
bermanfaat iaitu Al-Quran Digital. Sebuah inovasi yang membatu
umat islam. Sekiranya kita membaca sejarah Al-Quran, dulu-dulu ia hanya
dicatat pada kulit kayu, batu, kulit haiwan dan kain-kain sahaja. Rujuk artikel
di wikipedia "Sejarah Al-Quran".
<<Klik link ini untuk selanjutnya.
Pada masa sama, Nabi SAW melantik beberapa sahabat sebagai penulis wahyu.Mereka menulisnya sebagai salah satu teori pembelajaran berkesan setiap kali wahyu turun sebagai tambahan dalam hafalan supaya tidak hilang begitu saja.Di antara penulis itu ialah empat Khulafa’ Ar-Rasyidin, Muawiyah bin Abu Sufian, Khalid bin al-Walid, Ubai bin Kaab dan Zaid bin Thabit.Penulisan pada waktu itu hanya dibuat diatas kulit kayu,batuan,kulit haiwan dan kain-kain sahaja berikutan kertas belum diketemukan.Pada masa itu iaitu sewaktu Rasulullah SAW masih hidup, ayat al-Quran tidak dihimpunkan dalam satu mashaf(teks lengkap yang berbuku).Ini disebabkan kepada beberapa faktor iaitu:
- Tidak ada faktor yang membolehkan untuk dikumpul satu mashaf daripada kemudahan penulisan, sedangkan sewaktu itu ada ramai huffaz(penghafal Al-Quran) dan qurra’(pembaca Al-Quran).
- Ada di antara ayat yang diturunkan itu nasikh dan mansukh(hukum atau ayat yang bertukar disebabkan perkara tertentu).
- Ayat al-Quran tidak diturunkan sekali gus, tetapi beransur-ansur.
- Setiap ayat yang turun adalah atas satu-satu faktor, sebab dan peristiwa.
Pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah ramai huffaz mati dalam peperangan Yamamah iaitu hampir 70 orang.Lalu Saidina Umar mencadangkan kepada Saidina Abu Bakar supaya dihimpunkan helaian ayat-ayat Al-Quran yang ditulis berasingan sebelumnya kerana bimbang akan kehilangannya dengan sebab kematian huffaz dan qurra’.Pada mulanya beliau ragu-ragu kerana Nabi SAW tidak pernah melakukannya dan takut seandainya berlaku perubahan ayat atau pertukaran ayat al-Quran.Selepas dibincang dengan teliti, atas alasan maslahah dan menyedari bahawa ia adalah satu wasilah yang paling agung untuk memudahkan menghafaznya serta mengelakkan daripada hilang dan luput, maka Saidina Abu Bakar bersetuju untuk dikumpulkan ayat al-Quran itu.Maka dipanggil beberapa huffaz dan penulis wahyu zaman Nabi saw yang masih hidup antaranya Zaid bin Thabit bagi meneruskan usaha penulisan al-Quran.Al-Quran kemudian ditulis oleh Zaid hasil pengumpulan daripada lembaran yang ada dan akhirnya diikat kemas, tersusun turutan ayatnya sebagaimana yang ditetapkan oleh Rasulallah SAW.Mashaf ini diserahkan kemudiannya kepada Saidina Abu Bakar. Selepas kewafatannya, diserahkan pula kepada Saidina Umar al-Khattab.Selepas beliau wafat, mashaf itu dipindahkan ke rumah Hafsah, isteri Rasulullah SAW yang juga anak Saidina Umar sehingga ke saat pengumpulan dan penyusunan Al-Quran pada zaman Khalifah Uthman.
Dulu, sewaktu kanak-kanak
saya sempat melalui zaman dimana membaca Al-Quran menjadi amalan harian yang
harus bagi kami sekeluarga. Namun, setelah mendapat ilmu dan bekerja,
dunia menjadi semakin sibuk. Alasan paling mudah adalah "sibuk"
nak cari rezeki untuk menyara keluarga dan membayar hutan. Sehingga hati
menjadi hitam tanpa makan rohani yang disajikan.
Dalam
sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud :
Daripada
Ibnu Umar r.a berkata "Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan
berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan
hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca
al-Quran.”
Al-Quran
Digital ini
adalah pen yang BOLEH MEMBACA AL-QURAN tetapi ia tidak boleh menulis.
Apabila read pen disentuh pada mana-mana Ayat Al-Quran atau pada mana-mana
Surah, maka pen tersebut akan membacanya.
Walaubagaimana pun, membaca
Al-Quran perlu berguru. Namun, ia adalah kaedah yang mudah untuk mengulangkaji
berbanding pada satu zaman orang dulu-dulu hanya mendengar melalui kaset-kaset
radio.
Dengan
memiliki Quran digital ini anda mampu mengulangkaji cara bacaan yang betul dan
seterusnya membaiki bacaan anda sendiri disamping pengajian dari guru yang
Al-Quran yang betul. Anda juga mempunyai alat bantuan yang boleh membantu
anda mengajar ahli keluarga anda meningkatkan mutu bacaan mereka.
Malah mereka boleh mempelajari quran dengan sendiri dengan bantuan quran
digital ini.
Al Quran Digital, lengkap
dengan terjemahan bahasa termasuk Melayu dan English Maklumat lanjut boleh
layari http://qurandigitalmurah.blogspot.com
No comments:
Post a Comment