Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV,
tiba-tiba
isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar
tolong
ganti yang baru ye".
"Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.
"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air
sebab
airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.
"Betulakan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab
Akob
mengelak.
"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke
kedai
nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita
dah
kehabisan gas", kata isteri Akob.
"Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan
sinis.
Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk
menyambung
menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun
pulang
kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman
terang
benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila
mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob
mendapati
tong gas juga penuh.
Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong
pada
siapa...?".
"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis
di
halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di
depan
rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-
galanya
kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan
bersyarat".
"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.
"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur
dengannya".
" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.
"Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!"
__._,_.___
No comments:
Post a Comment