Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk dapatkan update-update terkini melalui email dan melanggan kelakargila:

Bagaimana nak mengaktifkan dan menggunakan Maybank2u

 Salam semua arini aku nak share info pasal maybank2u. Ramai orang ada maybank tp dia ade maybank2u. Kat sini tips lengkap dari a sampai z cara nak daftar maybank2u. Benda nie aku copy je dari http://jomphp.com benda bagus nie mmg patut dikongsi bersama. Dengan adanya Maybank2u mcm2 urusan jadi mudah. X perlu nak beratur panjang2 nak bayar bill, nak topup pun senang dan nak cek orang masukkan duit kat kita pun senang. Pendek kata senang semua la..

1.Pergi ke mesin ATM Maybank
2.Pilih menu Maybank2U

3.Pilih menu daftar TAC telefon bimbit

4.Masukkan no handphone anda dan pilih YA

5.Sekarang pilih menu Pin Laluan Maybank2u

6. Masukkan PIN laluan Maybak2u yang anda mahu. Anda akan diminta memasukkan semula PIN tersebut sebagai langkah keselamatan.

7.Siap proses pendaftaran di ATM!
8.Sekarang akses internet dan buka laman web maybank http://www.maybank2u.com.my/
9.Klik pada First time login please click here


10. Untuk Access Number, masukkan no kad ATM anda. Untuk PIN pula, masukkan no PIN yang anda daftar di ATM (Langkah 6)

11.Sekarang pilih username dan password yang anda mahu gunakan untuk akses akaun Maybank2u anda.

12.Siap! Anda boleh login ke akaun Maybank2u anda menggunakan username dan password pada langkah 11.

Apa itu TAC?

Setiap kali anda melakukan urusan perbankan yang melibatkan pengeluaran duit anda, Maybank2u akan menghantar TAC number ke telefon bimbit anda. Untuk mengesahkan urusan perbankan tersebut, anda perlu memasukkan TAC number yang telah dihantar. Setiap TAC number adalah berbeza setiap kali anda melakukan aktiviti online banking, oleh itu Online Banking adalah selamat selagi username, password dan juga telefon bimbit anda tidak dicuri.

Cara check balance akaun anda & melihat transaction history

Anda mahu melihat baki dalam akaun anda?
Login dan klik pada Accounts & Banking


Baki akaun anda akan dipaparkan

Sekiranya anda mahu melihat transaction history iaitu rekod aktiviti duit keluar masuk akaun anda, klik pada Wadiah Savings Account


Dan klik pada Transaction History. Segala aktiviti debit dan kredit akaun anda akan dipaparkan.

Cara beli topup online

Anda dapat membeli topup dengan mudah menggunakan Maybank2u. Klik pada Buy Online


Jika anda seorang pengguna Celcom, pilih prepaid topup with pin.

Pilih dan continue.

Pilih jumlah topup yang anda mahukan.

Continue

Klik pada Request a TAC number.

Sekarang TAC number akan dihantarkan ke telefon bimbit yang anda telah daftarkan pada langkah3 dan langkah 4.
Masukkan TAC yang telah dihantar klik Confirm.

Sekarang anda telah berjaya membeli no topup anda.

Selamat mencuba!

2 comments:

  1. terima kasih atas pencerahan! memang beguna... hehe.. saya baru nak buka akaun m aybank utk urusan pniagaan..hehehe

    ReplyDelete
  2. Thanks, info yang sangat berguna

    http://muhammaed.blogspot.com

    ReplyDelete