Pada suatu pagi, seorang isteri dengan lembut telah bertanya kepada suaminya, “Abang nak makan apa pagi, ni? Saya buatkan nasi lemak…nak? Atau abang nak nasi goreng ke atau roti canai ke? Atau saya buatkan roti telur nak?” Suaminya pun berkata,”Tak payahlah. Abang tak ada selera langsung nak makan. Ini semua Tongkat Ali punya pasal”.
Sampai ke tengahari, isterinya pun bertanya lagi, “Abang nak makan apa tengahari ni? Saya masakkan abang kari daging…nak? Atau abang nak makan ikan ke atau ayam ke? Saya boleh masakkan sambal atau sup atau sweet & sour”. Suaminya berkata lagi, “Tak payahlah. Abang masih tak ada selera nak makan. Ini semua Tongkat Ali punya pasal”.
Sampai ke malam, isterinya pun bertanya lagi, “Abang nak makan apa malam ni? Saya masakkan abang ayam goreng ..nak? Atau abang nak makan fish & chips ke atau burger ke? Atau abang nak hot-dog? Suaminya berkata lagi, “Tak payahlah. Abang masih tak ada selera nak makan. Ini semua Tongkat Ali punya pasal”.
Lalu isterinya pun berkata, “Kalau begitu, boleh tak abang tolong bangun dari atas saya sekejap. Saya nak pergi makan kerana dah lapar sangat ni!!!!” “Dari pagi tadi tak makan” Ini semua Tongkat Ali Punya Pasal!!!
No comments:
Post a Comment