Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk dapatkan update-update terkini melalui email dan melanggan kelakargila:

Unta lebih mahal dari manusia?

SEORANG pembiak unta membawa haiwan peliharaannya untuk menyertai pertandingan unta tercantik.



MUNGKIN ada yang ketawa atau memandang sebelah mata apabila mendengar mengenai pertandingan ratu cantik unta.
Tetapi bagaimana jika dikatakan, harga untuk seekor unta yang tercantik boleh mengalahkan hadiah atau harga untuk seorang ratu cantik dunia.
Jangan terkejut kerana baru-baru ini, Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheik Hamdan bin Mohammed bin Rashid al-Maktoum membuktikan perkara itu apabila membeli 16 ekor unta pada pertandingan ratu cantik unta tersebut pada harga RM14.13 juta.
Bagaimanapun, salah seekor unta betina dalam kalangan 16 ekor unta itu mencatatkan rekod apabila harga yang ditawarkan untuknya mencecah RM8.5 juta.
Agensi berita WAM, melaporkan tiada pendedahan lanjut mengenai keadaan unta tersebut serta adakah ia akan digunakan dalam perlumbaan.
Pertandingan unta tercantik ini merupakan antara tradisi tahunan di UAE bagi memelihara cara hidup nomad di negara yang kaya dengan sumber minyak itu.
Diadakan di ibu kota Abu Dhabi, pertandingan tersebut mengumpulkan lebih 17,000 ekor unta yang dibawa bukan sahaja dari merata pelosok negeri bahkan negara-negara jiran termasuklah Oman, Arab Saudi, Qatar dan Bahrain.
Selain acara unta tercantik, antara acara lain yang memeriahkan pertandingan ini ialah perlumbaan unta terpantas.
Dalam acara unta tercantik, unta terpilih didaftarkan mengikut beberapa kategori mengikut usia dan warna kulit.
Pemilik unta yang memenangi tiga tempat teratas dalam setiap kategori akan berkongsi hadiah dana berjumlah RM6.28 juta dan sebuah kereta.
Lima orang juri mengadili acara unta tercantik dengan pemarkahan diberikan berdasarkan keadaan unta secara keseluruhan selain leher, kepala, bibir, hidung dan kaki.
Hadiah wang tunai dan kereta dalam pertandingan unta tercantik ini disumbangkan oleh ahli keluarga pemerintah Abu Dhabi yang menganjurkan festival itu sebagai usaha mengekalkan tradisi hidup masyarakat Arab.
Abu Dhabi adalah ibu negara UAE yang menjadi antara penerima terbesar hasil sumber minyak yang dikeluarkan dari negara tersebut. - AFP@gatau

No comments:

Post a Comment