Suatu petang di rumah konkrit milik seorang jutawan bergelar datuk, 3 ekor tikus kembar bersembang di lubang tersorok di sudut dapur. Masing-masing jual tembirang.
Tikus 1: Ahad lepas, ketika saya berjalan di kebun bunga di belakang dapur, saya terjumpa perangkap tikus. Ceh!
Tuan rumah ini mo perangkap saya konon. Sekali saya tendang perangkap itu, terus terbang nuuun seberang
jalan..padan muka perangkap bodoh itu.
Tikus 2: Saya pula, ketika menyelongkar di almari kayu depan kita itu, saya terjumpa setin racun tikus yang masih
segar. Apa lagi, terus saya makan hampir habis. Bakinya saya tabur dalam beras bawah almari tu. Padan
muka mereka, tengok la sapa mati. Saya ok lagi nie, malah rasa makin sihat selepas makan racun tikus itu.
Tikus paling montel di antara 3 ekor tersebut yang hanya mendengar tadi terus menyampuk.
Tikus 3: Korang nampak tak kucing mengandung yang baring bawa kusyen sana tu? Hah! Tengah sarat tu. Dah 2
bulan. Kalau korang nak tau, anak yang dikandungnya itu adalah zuriat saya hehehe..
No comments:
Post a Comment