Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk dapatkan update-update terkini melalui email dan melanggan kelakargila:

SEDIH..... SEDIH..... 'SeSanGGGaTTT..

Suatu petang disebuah 'supermarket' .... Seorang lelaki muda tengah berjalan dibahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan tua yang tengah memandangnya dengan mata yang takberkelip-kelip. Lelaki muda itu pun terasa pelik..dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga memandangdan mengekorinya. Last-last lelaki tu pun buat dek jer...sebab dia ingat dia yang perasan. Lepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnya tetapi dipertengahan jalan perempuan tua tadituh cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya.


"Maafkan makcik nak!!" kata perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa dengan pandangan makcik tadi.Makcik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas" Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia faham kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya.


Timbul rasa kesian di hati lelaki itu. "Oh, begitu ke ceritanya makcik?maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya lelaki muda itu."Aaaa....mak cik ada satu permintaankecil kalau anak tak keberatan" kata perempuan itu. "... bila makcik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap 'babai... mak!!'? Terubat betulrindu makcik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam tuh pada makcik".


"Oh boleh... takde masalah" katalelaki muda tu. Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya kedalam plastik,perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arah lelaki muda itu. Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung "Babai,mak!! !!". Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati yang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayar barang-barangnya. "Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh. Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh."Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana pulak sampai seratus lebih ni?" tanya lelaki itu. "Habis tuh mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tuh.

"Haah??????? !!!!"....

No comments:

Post a Comment