Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk dapatkan update-update terkini melalui email dan melanggan kelakargila:

Nyatakan permintaan anda...

Satu perjumpaan dengan mahasiswa seluruh negara telah diadakan.Ia bertujuan untuk memberi ceramah tentang kepentingan mahasiswa kepada negara dan bangsa.Majlis atau perjumpaaan tersebut diketuai oleh Menteri Pengajian Tinggi sebagai penceramah.Mahasiswa dan mahasiswi tersebut dibahagikan kepada kumpulan mengikut negeri bagi memudahkan sebarang urusan yang berkaitan.Diakhir ceramah tersebut,penceramah memberi peluang kepada setiap kumpulan untuk menyatakan pendapat dan keinginan mereka.

Penceramah: Sebelum kita menutup tirai majlis,saya menjemput setiap wakil negeri menyatakan permintaan anda.Kita mulakan dengan wakil negeri Kedah.

Mahasiswa Kedah: Kami mahukan keamanan dinegara ini berjaya dikekalkan.

Penceramah:Bagus,itulah yang juga menjadi harapan kami disini.Kita buka peluang kepada wakil negeri Selangor.

Mahasiswa Selangor: Kami berharap segala kepincangan yang berlaku dinegara ini dapat dibaiki,demi kesejahteraan negara dan rakyat.

Penceramah: Err..kami sudah mempunyai tongkat yang cukup mujarab bagi mengatasi segala masalah dan kepincangan negara.Tapi saya rasa,negara kita tidaklah begitu teruk.Saya silakan wakil dari negeri Perak.

Mahasiswa Perak: Kami minta kos pejalanan pergi balik kami ditanggung oleh pihak tuan sepenuhnya.

Penceramah: (sedikit lega)Baiklah,anda boleh berunding dengan wakil kementerian ditempat anda.Silakan wakil dari Kelantan.

Mahasiswa Kelantan: Wujudkan pemerintahan yang adil dan bersih,mengikut lunas-lunas Agama Islam.

Penceramah: (terkejut)Err..itulah yang telah lama kami jalankan.Jangan buat-buat tak perasan(sedikit resah).Oleh kerana masa tidak mengizinkan, saya bagi peluang kepada wakil Terengganu sebagai wakil terakhir bagi menutup tirai majlis kita.

Mahasiswa Terengganu: Kami nak Idris,natang!!!

Penceramah: (Betul-betul terkejut)Sila tulis dikain rentang.

No comments:

Post a Comment