Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk dapatkan update-update terkini melalui email dan melanggan kelakargila:

Delivered by FeedBurner

Buah Mangga

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.

Pembeli : "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga : "RM7!"
Pembeli : "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!?"
Peniaga : "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"
Pembeli : "Kalau tak manis, macam mana bang?"
Peniaga : "Kalau tak manis, tak payah bayar!"
Pembeli : "Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10 kilo!"
Peniaga : "#$%@%&%????...

ayam macho

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).
Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua
menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :


Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.


Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,

Si ayam jalak muda:Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.
Kenapa?????

[jawapan ada di bawah]












Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"

NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...
Reply With Quote

Malu sendiri...

Seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kaunseling telah membuka kedai pertamanya di pinggir bandar. Beliau telah membuka kedai tersebut selama seminggu tetapi ia masih tidak mendapat sambutan. Memandangkan hari telah menjelang tengahari, pemuda tersebut mula gelisah kerana tiada seorang pun pelanggan datang untuk mendapatkan khidmatnya dalam bidang kaunseling.

NAmun pada hari tersebut, nasib seakan menyebelahi dirinya apabila seorang lelaki datang menghampiri kedainya dengan langkah yang penuh bergaya.

Dalam hati pemuda tersebut, inilah pelanggan pertama aku dan aku perlu menunjukkan reputasi yang baik padanya.

Lantas dia mencapai telefon dan bercakap dengan nada yang kuat
"HEllo Dato, takpa saya akan uruskan segala-galanya, Dato jangan bimbang sebab syarikat saya memang terkenal dengan reputasi yang gemilang, lagipun kami tak pernah mengecewakan sesiapapun. Yang penting ialah staff syarikat Dato nanti akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugasnya. Ya....Ya....Lagipun fasilitator kami bukannya calang-calang orang, memang hanya yang terbaik sahaja akan kami pilih bekerja di sini."JElasnya kagi dengan keyakinan yang tinggi.
"Ok, takpalah Dato jangan bimbang, saya akan bereskannya secepat yang mungkin." Ujarnya pada akhir perbualan

Lelaki yang berjalan dengan penuh gaya tadi berdiri betul-betul di hadapan pemuda tersebut sambil tersenyum dan dengan penuh hemah, dia menegur

"Ya, ada apa yang boleh saya bantu Encik?"

"Saya datang nak pasang talian telefon" Ujarnya lagi dengan senyuman yang penuh bermakna
Reply With Quote

Mari menyanyi

Aku dah boleh nyanyi lagu tamil ngan hindustan.Senang ja nak menyanyi...ikut ja lirik yang disediakan..Selamat mencube!!
Telur-telur tu

Geli Mat.

Ketukan Power

Ada la sepasang suami isteri hidup di sebuah pekan..

Nk dijadikan cerita, si suami selalu pukul isteri dia..pukul guna tangan, kaki, sepak, terajang, penampar, sumer skali lar..

bini amat lah x tahan dek selalu sgt kene pukul...jd, dia pn pergila mintak cerai fasakh kat mahkamah..dapat la dia cerai...

lepas je bberapa bulan abih idah, dia pn nk cari laki baru...

cari kat internet (join Friendster, Myspace dan ekawan)...dia pun letakla alamat dan contact number dia..

dia tulis la ciri-ciri yg dia nk.. first, dia nk suami yg baik2 je...tidak panas baran, x pukul gn tgn, kaki, penampar, sepak n terajang...

kedua plak, dia nk yg kuat S*KS je..

nk dijadikan kisah, dtg la seorang lelaki OKU, xde tangan, xde kaki....

KETUK la pintu umah perempuan tu...

"Tok, tok, tok"....

perempuan tu pun buka la pintu,

perempuan : ya, encik ada apa dtg jumpa sy?

laki : Saya nak jadi calon suami awak"...

psal x nk hampakan laki ni... dia jawab la "Ok" lalu ajak masuk bersembang.

perempuan : "Awak ada memenuhi ciri-ciri yg sy tulis dlm internet 2 ke?"

dgn sedih, laki 2 jawab : saya xde tgn, xde kaki, mcm mn sy nk pukul awk.."

perempuan : ok.., awk ni kuat S*KS ke?

laki 2 pn tunduk.....

dengan perasaan malu, laki jawab : cuba awak pkir, sy KETUK pintu umah awk tadi guna ape?

P/S: Korng jgn pikir yg bkn2 dia ketuk guna kepala dia jerr

Hutang darah dibayar darah

Amir tampak kebingungan, sambil memecut laju BMW 5 Series nya dia pun tiba diperkarangan rumahnya. Rumahtangganya sedang bergolak. Isterinya mahu meninggalkanya melupakan mahligai indah yg mereka bina sekian lamanya.

Amir : Safirah... ko nak kemana ni? Jgn ko nak derhaka dgn suami, Tempik si Amir

Safirah : Saya nak meninggalkan abg! Tak tahan saya dgn perangai abg yg terlalu Materialistik! !

Amir : Abih Beg-Beg tu... Yg ko pakai tu... Crocodile, Samsonite tu semua aku beli hasil titik peluh aku tau... .!!

Safirah : Tapi... .

Amir : Tak da tapi-tapi... .Kau nak tinggalkan aku... jgn bawak beg beg kepunyaan aku ini..

Pegilah ko selai spinggang!!

Safirah : Abg ni Kejam... .Tak mengenang budi..sell.. . .

Amir mencelah...

Amir : Oh tak mengenang budi... !!! Hoi Safirah, cuba ko ingat balik masa ko eksiden dulu... .ni hah darah yg mengalir kat dalam tubuh aku ni hah yg jadik.. ... . penyelamat dikala nyawa kau tenat... Skarang kau nak tuduh aku tak mengenang budi!!

Safirah : Abih nak saya bayar balik hutang darah abg lah ni... ??

Amir : Kalau itu hakikatnya!! ... ... . Kau tak payah nak tunjuk keras... ko tak da apa... harta bende... nak bayar balik semua yg aku berikan pada kau selama ini...

Air mata Safirah mengalir laju... membasahi pipinye yg berjerawat itu!! Safirah tak berfikir panjang setelah didera secara batiniah. Dia pun mula membuka segala pakain yg sedang dipakainya.. .

Safirah : Baik !!!!! Saya akan Keluar dari rumah ni tanpa seurat benang...

(Sambil membuka Baju Kurungnya).. Nah (sambil Mencapak ke arah Amir) amik balik Baju Kurung Den Wahab yg awak belikan Raya dulu!!!!

Amir tersentak !!! Safirah cuma tinggal bercoli dan sluar dalam saja... ...

Jiran tetangga mula mengambil perhatian..

Safirah : Nah !! (sambil Mengambil sesuatu dari dalam Seluar dalamnya) Ambik Ni !!!!!!!

Si Safirah mencampakkan Tuala Wanitanya yg dipenuhi darah itu!! kpd Amir...

Amir : Eii..iiii..Apa ni ..Pen...

Belum Sempat amir mengahabiskan ayatnya... .

Safirah : TU!!! BAYAR BALIK HUTANG DARAH AWAK, SAYA BAYAR SECARA INSTALLMENT

Moral: Tak elok ungkit mengungkit nanti anda akan terima balasannya

Kisah kemalangan ngeri yang meragut nyawa isteri dan anak-anakku (18SG)

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Sekian.

Moral: Jangan tido waktu senja nanti senang kena ganggu dgn setan

Mee Bandung

Untuk beberapa tahun, Ahmad Suffian telah mengadakan hubungan sulit
dengan orang gajinya,Sutina ...Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad
Suffian yang dirinya mengandung ...

Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah
mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk
melahirkan anak mereka di sana ...

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut
sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh
Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis
perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir
nanti .. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk
anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari
kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang
keliru ...

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina.

"Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan,"
kata Ahmad Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat
Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian
bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi ...

"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"

Debaran Malam Pertama (ohh sedapnya)

Sejak petang suasana mendung dikampung membuatkan aku keluh kesah menanti malam hari menjelang... maklum lah pengalaman pertama aku nie yang buat aku merasa tak keruan dan penuh gairah menanti malam yang tak kunjung datang....

Aku hanya mampu tersengih sengih jer dan tersemyum kambing bile mata ibuku mengerling kearahku sambil tersenyum ... dalam hati aku berkata eh orang tua nih dapat baca ke fikiran aku nie maklum lah orang dah banyak pengalaman katakan..

Malam yang ditunggu tunggu dah tiba apa lagi aku mundar mandir di hadapan bilik tidur ku.. family ku semakin heran dengan gelagat ku...Tapi aku heran mak bapak ku tak heran langsung macam dorang dah tau jer apa yang aku nak buat nih... aduhhhh...

Aku gagal mengawal nafsuku lagi tanpa memperdulikan family aku terus jer terjah masuk ke kamar tidur ku ... oh alang kah bahagia nya.. malam ini aku pun terus mendapatkan sidia yang telah lama menunggu ku dengan penuh sabar...

Dengan rakusnya aku terus jer menerkam mangsaku itu... aku tak pedulikan semua lagi niatku hanya satu aku tunaikan hajat ku yang satu ini...

Dalam suasana suram di temani cahaya pelita ohh.. sungguh romantis nya... kini hanya aku dan sidia...

Tanpa banyak bicara dan rasa segan silu nya aku mulakan langkah pertama....dengan rakus nya jari jari ku yang kasar ini menyelak lapisan pertama pakaian sidia........ oh teruja nya aku........aku bertambah rakus bila ku lihat bulu bulu halus yang indah itu ku selak satu persatu kemudian aku semakin galak benda yang aku idam idamkan selama ini terpampang di hadapan mata.....

Aku terus menerkam , mengigit dan menjilat biji yang tersusun halus tu...... Mak ai..iiiiiiii sedap nya jerit ku....

Tiba tiba terkejut satu family yang tengah mengendap di sebalik pintu ingin melihat apa yang aku lakukan... selamba jer aku terus mengigit biji biji jagung dengan penuh gairah nya...

Sedap nya tak terhingga... inilah pertama kali aku merasa keenakan kali pertama aku dapat memakan jagung kalau tak silap kira kira umurku 6 tahun...

Sebenarnya jagung tu aku rembat, ibu baru beli dari ladang jiran aku hehehe dan aku bakar ketika semua fimily aku tak de kat umah....

itulah pengalaman pertama aku makan jagung ... buat teman teman yang membaca apa yang aku tulis nie maaf ye aku gurau gurau jer saje je nak citer pengalam kecik2 yang kadang kala tu buat kita tergelak sendiri...

hehehehe kita lihat sape yg kena... hehehe klau korang suke ke tak puas ati ker sile komen huhuhu .... eh aku pun kena gak.... cau cin cau... nanti aku citer lagi ...

salam sayang buat semua

Hzman Hashim

Lelaki Yang Tak Mahu Panjat Dinding

Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.

Ahmad telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia. Dan melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Ahmad dah makin pulih dan doktor buat keputusan untuk benarkan Ahmad pulang. Ahmad dipanggil untuk pemeriksaan terakhir.

"Baik nya doktor....." sukanya hati Ahmad.

"Ahmad saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Ahmad pulang. Kalau Ahmad jawab elok saya benarkan Ahmad pulang.. kalau tidak Ahmad akan tunggu sini sedikit masa lagi" Terang Doktor pada Ahmad.

"Baik Doktor, Ahmad sedia menjawab" jawab Ahmad dengan tenang.

Doktor mengambil Lampu suluh dan menyalakannya.. dan dihalakan ke dinding.. (cahaya lampu tersebut berbentuk bulat di dinding bilik Doktor).

"Awak nampak cahaya tu?" tanya Doktor

"Nampak Doktor..." jawab Ahmad tersenyum.

"Awak panjat dan tangkap cahaya tu Ahmad" arah Doktor tu pada Ahmad.

"Kat Dinding tu?" tanya Ahmad tersenyum.

"Ye laaa..." jawab Doktor.

"Hi hi hi saya tak gila lah Doktor...... tak nak lah saya buat.." jawab Ahmad

"Mm..oklah Ahmad..awak dibebaskan hari ini...awak lulus ujian saya.." Doktor berpuas hati.

Ahmad pun keluar dengan begnya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu gerbang.

"Tunggu, tunggu Ahmad!" Doktor memanggil balik Ahmad.

"Kenapa Ahmad tak nak panjat dinding tu Ahmad?" tanya Doktor tu sebagai soalan terakhir.

"Hi hi hi... Doktor ingat saya bodoh ker Doktor..... kalau saya panjat..... saya pegang cahaya tu.... Doktor tutup lampu suluh tu nanti.. tentu saya akan terjatuh..." jawab Ahmad selamba

"Mm.. Ahmad tidur sini setahun lagi lah yer Ahmad" kata Doktor pada Ahmad.

saki baki gilanya tu ada lagi...