Kantoi !! Lari JPJ Jalan Mati, Rempit Vs JPJ Zaman 3GP
Kantoi !! Lari JPJ Jalan Mati, Rempit Vs JPJ Zaman 3GP. Video dah lama maaf la gambar kurang kualiti masa zaman ni send video pakai bluetooth je. Menangis mamat ni kena buli ngan abang2 Jpj siap payung 1 lagu negaraku. Last2 terlepas jugak. Pandai dia belakon.
Sila subcribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan untuk lebih banyak video menarik dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.my
Hikmat Moto Terbang ! Melintas Parit Tanpa Jambatan
Hikmat Moto Terbang ! Melintas Parit Tanpa Jambatan. Pakcik ni yang dikatakan mendapat 1 juta kerana lompatan berbahaya ni di sponsor oleh redbull...gurau je. Video lama tapi masih bertenaga hehe, untuk abang2 yang kerja di ladang jangan dok buat perangai malas macam ni.
Sila subcribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan untuk lebih banyak video menarik dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.my
Harga Ikan Termenung / Ikan Kembung
Harga Ikan Termenung boleh buatkan kita termenung sekarang, bayangkan la masa-masa depan anak2 kita, Ikan Termenung dah sama harga macam ikan tuna, nelayan yang kelaut tak untung mana sangat tapi broker-broker la yang dok makan untung berlipat kali ganda. Kalau tak dah lama nelayan-nelayan jadi kaya raya.
Status Fb Lawak,
Status Kelakar
Status Lawak Gila
Status Fb Lawak,
Status Kelakar
Status Lawak Gila
Koleksi Aksi Hebat, Kelaut dan Lawak Ketum Awek Rempit
Koleksi Aksi Hebat, Kelaut dan Lawak Ketum Awek Rempit. Yang minah2 acah2 minah rempit di luar sana jangan tiru mcm video ni dengan sekali korang2 kelaut.
Sila subcribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan untuk lebih banyak video menarik dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.my
Batu Nisan Untuk Kematian
Di kwsn perkuburan, Seorang doktor menangis di depan sebuah pusara yg tanahnya masih merah.
Uniknya di pusara makam terletak batu nisan berbentuk *HATI*yg cukup besar, serta nampak sangat jelas,walau dari jauh.
Ustaz :
"Sudah la, reda aje, jangan terus menangis..."
Doktor :
"Ustaz, bagaimana saya tidak sedih. Bagaimana kalau saya yg mati?"
Ustaz :
"Semua orang pasti mati,tuan!"
Doktor :
"Begini Ustaz, yg mati ini teman saya.
Kami para kumpulan Doktor pakar sudah sepakat, siapa saja di antara kami yg mati, maka akan dibuatkan batu nisan dengan gambar sesuai dlm bidang pakar kami"
Ustaz :
"Ooo... teman doktor yg mati ini apa kepakarannya?"
Doktor :
"Dia pakar HATI, makanya batu nisan dia berbentuk hati."
Ustaz :
"Jadi apa yg membuat tn begitu risau?"
Doktor :
"Lahh, kalau saya mati, tak dpt dibayangkan batu nisan yg akan dibuat untuk saya..."
Ustaz :
"Memangnya doktor ni pakar dlm bidang apa ye?"
Doktor :
"Saya Doktor pakar dlm bidang KELAMIN, Ustaz !!"
Ustadz :
"Astaghfirullah haladzim..." (Ustadz sampai melompat.... terbayang sambil tersenyum krn tak dpt menahan ketawa.)
Akhirnya ustaz itu berkata:
"Ya, sudah la. Tak ada apa-apa yg perlu di risaukan, tenang aje, nanti batu nisannya kami akan pakaikan spender..."😜😜😜😜
Нaªªнaªªнaªªнaªª
Doktor akhirnya ketawa juga.
Semua masalah ada penyelesaiannya & tersenyum buat kita awet muda
Maaf ya..untuk legakan kestressan😊
lawak 2017, kelakar, lucu, gelihati
ILMU TUNDUKKAN BINI
INI ADALAH KHUSUS UTK PARA SUAMI YANG TAKUT KEPADA ISTERI ATAU ISTERI ANDA TIDAK TAKUT KEPADA ANDA....
AMALAN INI DIPERTURUNKAN OLEH LELUHUR SAYA DARI GENERASI KE GENERASI......
SILA BACA DGN TELITI......
1. Amalkan doa selepas anda makan malam dan selepas bangun dari tidur.
2. Sebelum makan malam anda ambil 7 butir nasi dan letak di atas pinggan anda ke arah isteri anda
3. Kemudian niatkan supaya isteri anda gerun kpd anda dan makan nasi 7 butir itu dahulu sebelum anda menghabiskan sepinggan nasi anda..
4. Kemudian selepas bangun dari tidur anda perlu picit ibu jari kaki kanan anda sebanyak 7 kali dengan niat supaya isteri anda gerun pada anda. Ini diikuti dgn memicit ibu jari kaki kiri sebanyak 7 kali juga dgn niat yg sama.
5. Dalam tempoh 7 hari saya jamin isteri anda akan menjadi gerun apabila melihat anda.
Jika anda berjaya membaca amalan ini hingga habis ternyata dan tepat sekali... HANG MEMANG TAKUT BINI..!!
Sembang jer deras tampaq singa laa, sepak rimau laa...sekali bini keloi lupa abih, PIIIIRRAHHHH !!!😆😆😆😉😉😁😬😬
ILMU TUNDUKKAN BINI LAWAK, KELAKAR, KELAKARGILA
Tragedi !! Nilah Akibatnya Selalu FLy...Mat rempit jatuh Moto
Tragedi !! Nilah Akibatnya Selalu FLy...Mat rempit jatuh moto #Adam #RiderZKecundangParah !! Nilah Akibatnya Selalu FLy...X Syg Coverset Betul..
Kredit Syafik Alip
Sila subcribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan untuk lebih banyak video menarik dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.my
Member ajak Ride Moto Masuk Bengkel, Moto Anak Pun Jadilah !
Member ajak Ride Moto Masuk Bengkel, Moto Anak Pun Jadilah ! Jangan risau kalau terjumpa Polis atau JPJ boleh angkat moto lari masuk hutan keh3...Lokasi kat mana cuba teka?
Sila subcribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan untuk lebih banyak video menarik dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.my
Apabila Raja Suruh Pakai Whatsapp, geng Sultan Melaka gak ni
Apabila Raja Suruh Pakai Whatsapp
Minyak naik harga, kena saman majlis perbandaran la apa lg..korang tengok sendiri la lawak boleh tahan.
lebih banyak video2 menarik sila subcribe channel CacaMerba
dan layari blog kami di http://kelakargila.blogspot.my/
Wow, Burung bunyi macam suara budak menangis , sebiji terus !!
Wow, Burung bunyi macam suara budak menangis , sebiji terus !!
apa nama burung ni ? kena cari sekor bela..
lebih banyak video2 menarik sila subcribe channel CacaMerba
dan layari blog kami di http://kelakargila.blogspot.my/
Kenagan Terindah, Gaduh Sakan Main Jutaria !
Depa nie dok bekelai apa pun aku tak tau, main jutaria pun gaduh sakan hehehe lawak la depa nie...layan2...adik kena tipu ngn abg mesti rugi ribu2 dh ni
lebih banyak kelakar di http://kelakargila.com/
Ngorat awek Superbike..ehh Ngorat Awek Acah2 Ada Superbike :)
Ngorat awek Superbike..ehh Ngorat Awek Acah2 Ada Superbike :) yang awek tu pun garang woo..i like ...! last2 kayuh basikal bmx keh3...mmg lawak gila mamat ni. Dh beli superbike ke abam ni sekarang..
Sila subcribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan untuk lebih banyak video menarik dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.my
Temuduga Ujang
Pegawai : Nama saudara siapa ?
Ujang : “ Ujang…”
Ujang : “ Ujang…”
Pegawai : “Cuba ceritakan tentang keluarga saudara !!…
Ujang : “Saya 2 beradik.. adik saya masih belajar di Kampung.. Orang Tua saya tinggal orang negeri sembilan.. Nenek dan Datok saya dari belah ayah tinggal di Perlis… Nenek dan Datuk dari belah Ibu pula tinggal di Melaka.. , tapi datok saya dah meninggal..,Bapak saudara dan mak saudara semua tinggal di Melaka..
Pegawai : “Apakan saudara boleh berbahasa inggeris ?
Ujang : “Yes .. i am … “
Pegawai : “now tell me about your family in English !!… “
Ujang : “Sorry sir .. i don’t have family in English … they’re all living in Malaysia”

Lawak Selsema Burung
"Doktor," kata seorang ayah melalui telefon, "Anak lelaki saya menderita Selsema Burung."
"Saya tahu,"jawab doktor.
"Semalam saya telah ke rumah anda dan memberinya ubat.
Pisahkanlah dia dari semua orang yang ada di rumah."
"Tapi, doktor," kata ayah yang cemas itu.
"Dia telah mencium pembantu rumah kami."
"Kasihan. kalau begitu dia juga perlu dikuarantin."
"Tapi, doktor, saya juga telah mencium pembantu itu."
"Wah, ini rumit. Bererti anda juga sudah menyimpan benih penyakit itu."
"Ya, dan tidak lama setelah itu, saya juga mencium isteri saya."
"Celaka,"jawab doktor, "Kalau begitu saya sudah dijangkiti."
Koleksi 7 Cerita Lawak Pendek
Cerita 1
Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.
“Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.
“Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.
“Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”
Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,”Boleh nek, tapi kenapa?”
Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”
Cerita 2
Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.
Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid…?
Pak Majid:Hmmmmmmm… Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya…
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm….Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu….Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!
Pak Abu: HEHEHEHEHE….
Cerita 3
Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu…
Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.
“Kamu dari mana?” tanya Samad.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.
“Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
“Maaf ayah… saya baru habis memonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?
“Cerita Papadom ayah”.
*PLANG*
“Katakan dengan jujur cerita apa?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.
Mendengarkan itu marahlah Samad.
“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.
*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…
Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…”
*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…
Cerita 4
Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.
“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”
“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya.
Cerita 5
Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.
Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.
Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.
Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah... Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.
Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.
Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.
Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan...
"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?"
Pelajar itu menjawab..
"Okey.. boleh saja...!"
Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..
"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"
"Kerana ..." jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan...
"... Sebenarnya saya adalah penjaga gol!"
Cerita 6
Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.
Kawannya bertanya, "apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?"
"Menarik kan?" Jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."
"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit."
"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.
Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!"
"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu.
Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.
Cerita 7
Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.
"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"
Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".
Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"
"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."
Cerita Lawak Badak Sumbu dan Monyet
Alhikayat, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar...
Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok, keluarlah seorang jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua binatang itu.
Permintaan 1
Badak : "Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya... hehe."
Monyet : "Saya mau sebuah motor Harley Davidson."
Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam.
Permintaan 2
Badak : "Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe."
Monyet : "Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet jenama Shoei."
Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang2 mat motornya tu..
Lepas tu jin tu kata, "Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik-baik!"
Badak tu pikir sejenak lepas tu kata, "Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya."
Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu-satunya badak jantan satu Malaya nihh..
"Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin.
Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebarr tu, "Saya mau badak tu jadi GAY!!"
Jin tu pun kelipkan mata, bling...
Maka meraunglah badak sumbu tu sepuas-puasnya.. "Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah..."

Subscribe to:
Posts (Atom)