Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk dapatkan update-update terkini melalui email dan melanggan kelakargila:

SaNtAi....

-MATAHARI-
Ada dua Hamba Allah kurang siuman yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.
Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"
Orang gila 2 : "Tahu apa?"
Orang gila 1 : "Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"
Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..." Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:
Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."
Doktor : "Kenapa?"
Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."
Doktor : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."
Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."
Doktor : "???"
-SETEM-
Di sebuah negeri terdapat beberapa orang Raja yang memerintah. Raja-raja di negeri itu pulak ditadbir oleh seorang Perdana Menteri yang terkenal dengan kediktatorannya. Pada satu hari Perdana Menteri tersebut telah merasmikan pembukaan pejabat pos. Apabila beliau melawat pameran sempena perasmian pejabat pos berkenaan beliau terkejut kerana hampir kesemua setem-setem yang dipamirkan mempunyai gambar-gambar Raja. Beliau dengan angkuhnya memanggil pengarah jabatan pos dan menyuruhnya menggantikan muka-muka Raja tersebut dengan wajahnya. Selang beberapa hari beliau berbangga kerana muka-muka Raja tersebut telah tiada dan wajahnya yang tertera di situ. Selepas seminggu berlalu, beliau mendapat berita yang mengatakan surat-surat yang dipos tidak ditampal dengan setem wajahnya. Dengan marahnya beliau telah memanggil pengarah jabatan pos dan bertanya mengapa kesemua surat-surat tidak ditampal dengan setem wajahnya. Pengarah mengatakan bahawa setem-setem tersebut tidak lekat apabila ditampal kerana semua pengguna tidak meludah setem itu di belakang setem sebaliknya meludah di bahagian hadapan setem.
-CUTI SAKIT-
Suatu hari, Salmah ponteng sekolah. Dia menelefon guru kelasnya dan menyamar sebagai ibunya.
Salmah : Hello, adakah itu Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6 hijau?
Cikgu : Ya, saya.
Salmah : Cikgu, hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.
Cikgu : Ok...ok..., er...boleh saya tahu siape yang sedang bercakap?
Salmah : Emak saya...
-PARTI-
Hamid baru mendapat tahu dia akan ditukarkan ke Pulau Pinang kerana dinaikkan pangkat. "Semua kawan saya akan mengadakan parti secara besar-besaran dan telah menempah supaya diadakan pertunjukan bunga api bagi meraikan pemergian saya" kata Hamid kepada Wahub. "Baguslah tu. Habis kenapa pulak yang kau bersedih ni?" tanya Wahub. Jawab Hamid, "Saya tidak dijemput..."
-TEMUDUGA WARDEN-
Suatu hari datang seorang pemuda untuk ditemuduga bagi jawatan warden sebuah penjara. Pegawai :Awak ada pengalaman ke?
Pemuda :Tak ada.
Pegawai :Awak mesti dasyat kalau nak dapat keje kat sini.
Pemuda : Kenapa tuan?
Pegawai : Banduan di sini ganas-ganas semuanya. Boleh ke awak handle?
Pemuda : Ooohhh...tak ada masalah. Kalau diorang menyusahkan saya, saya keluarkan je!!

A Letter Home

Dear Dad, $chool i$ really great. I am making lot$ of friend$ and $tudying very hard. With all my $tuff, I $imply can`t think of anything I need, $o if you would like, you can ju$t $end me a card, a$ I would love to hear from you.
Love, Your $on.
The Reply:
Dear Son, I kNOw that astroNOmy, ecoNOmics, and oceaNOgraphy are eNOugh to keep even an hoNOr student busy. Do NOt forget that the pursuit of kNOwledge is a NOble task, and you can never study eNOugh.
Love, Dad