Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk dapatkan update-update terkini melalui email dan melanggan kelakargila:

Delivered by FeedBurner

Orang Asli dan Jam



Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut digantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

 Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya.

 "OOOO...patutlah tak jalan. Drebarnya mati tershepittttt....!!"

Pemain Simpanan



Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"

"Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la."
"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"

"Kan kami nie pemain simpanan...".