Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk dapatkan update-update terkini melalui email dan melanggan kelakargila:

Pemandu teksi

Dalam sebuah teksi yg menuju ke bandar, seorg penumpang ingin
bertanya kpd pemandu teksi tersebut. Lantas dia menepuk bahu pemandu
teksi dgn perlahan. Tiba-tiba pemandu teksi itu menjerit dan tak
dapat mengawal kenderaannya dan hampir melanggar sebuah bas. Nasib
baik teksi itu sempat berhenti. Untuk beberapa ketika suasana sepi,
kedua-duanya cemas.

Kemudiannya pemandu teksi berkata,.. “Hei … awak jangan buat
macam tu lagi tau. Awak buat saya takut. Penumpang itu minta maaf
sambil berkata, “Saya tak sangka awak takut macam tu sekali. Saya
cuma tepuk bahu awak je.” Pemandu itu menjawab, “Maaf Encik,
sebenarnya hari ni adalah hari pertama saya bawak teksi … sebelum
ni dah 25 tahun saya bawak kereta jenazah…..paham2 jer lah ye…