Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk dapatkan update-update terkini melalui email dan melanggan kelakargila:

Pak Abu dengan henfon harijadi.

"Lagi lama bapak cakap lagi banyak bapak kena bayar". Asyik sungguh Pak Abu mendengar penjelasan dari anak bongsunya tentang cara-cara nak guna henfon.

"Ooo...jadi bapak kena kurang cakap la kalau nak jimat duit ye," balas Pak Abu sambil angguk-anggukkan kepala di depan anak bongsunya tanda faham. Pak Abu happy sangat bila dapat henfon hadiah harijadi ke 70nya dari anak sulong kesayangannya yang berkerja di kota.

Pak Abu tercongak-congak cuba mengingati panduan membuat panggilan yang diajar anak bongsunya. Di dailnya nombor anak sulung satu demi satu dan tekan SEND. Seketika kemudian anak sulongnya menjawab..

"Hello! Hello...bapak ke tu?" Namun Pak Abu tak jawab sepatah. Di biarkan lama jugak anak sulongnya memanggil-manggil sebelum Pak Abu menjawab ringkas.

"Osman, ni bapak ni, bapak tak buleh cakap nanti kena bayor lebih, apa kate kamu cakap aje bior bapak dengar ok Man ok..!". Kemudian Pak Abu terus diam dan jauh di kota anak sulong Pak Abu hairan dengan perangai bapaknya yang buang tebiat pakai telefon tapi tak mau cakap.

handphone zaman akan datang..ada berani beli?