Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk dapatkan update-update terkini melalui email dan melanggan kelakargila:

Kereta Kancil Power

pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan
kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan.Ada
orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu sedang berjalan
kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada
sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti
disebelah kancil tadi.

"ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam
lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje....
"ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya
tarik kereta pakcik sampai tol" mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...",tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju
pakcik akan hon dan bagi high beam"

"ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil
didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. dia
pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati.Dalam lima kilometer mamat nie
laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat
tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press Minyak
kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la
minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kancil
org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam
bagai nak rak. Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya
pasal.Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.
Vrooommm......bedesup peginye...
ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj
memasing nie...dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman
kereta-kereta yg laju nie...

"over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi hadlaju, sebuah
ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak
percaye punye.........sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu
dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'