Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk dapatkan update-update terkini melalui email dan melanggan kelakargila:

Delivered by FeedBurner

Lawak Betul LHDN


Dikatakan kisah yang kami tuliskan kali ini adalah KISAH BENAR yang pernah berlaku ke atas seorang pekerja swasta. Sejauh mana kebenaran tersebut tidak pula diketahui. Apa-apa pun, jom layan kisah tersebut.

Seorang pekerja swasta telah membuat panggilan ke LHDN dan bertanyakan Form ‘B’. Salah seorang kerani LHDN telah menjawab panggilan tersebut dan bertanyakan alamat bagi membolehkan borang tersebut dihantar dan berikut adalah perbualan mereka :-

Kerani LHDN : Boleh bagi alamat encik?
Pekerja Swasta : Ok, hantar ke Ranhill Worley di opis saya.
Kerani LHDN : Apa Ranhill? …… eja macam mana?
Pekerja Swasta : R.A.N.H.I.L.L eja dia camni : ‘R’.. untuk Rumah… ‘A’ untuk Ayam .. ‘N’ untuk Nangka… ‘H’ untuk Holland … ‘I’ untuk itik.. ‘L.L’ untuk lain- lain….’
Kerani LHDN : Ok.. nanti kami hantar ke alamat itu
Selepas seminggu, borang tersebut pun sampai – jom tengok alamat di sampul surat

klik pada gambar untuk besarkan

Hahaha.. Serius lawak dowh! Aku rasa kerani nie geng pak pandir jugak kot...ada jugak macam nie, betul lurus..ke korang nie? haaaa...

Lawak Bangau Oh Bangau

Kisah 3 ekor bangau yang melepak di kolam ...maka tersebutlah kisah....