Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk dapatkan update-update terkini melalui email dan melanggan kelakargila:

Telurnya Mana..

JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di
tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut
dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba. Setelah mangsa
dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur.

Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya.
"Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan.
Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai... Tiba-tiba ibunya
mencelah, "Telurnya mana?" Jamal menjawab, "Err.... Mal tak tau pulak ke
mana tercampaknya.

Idea Yang Bagus

Seorang datuk dan cucunya sedang berjalan-jalan. Kerana hari panas mereka
beristirahat di bawah pohon yang di depannya ada kolam ikan. Si cucu nie
memang suka menanyakan berbagai soalan kepada datuk.

"Tok, adakah atok akan memberi saya duit RM100, bila saya berhasil
menegakkan seekor cacing tegak lurus di atas tanah?" Si datuk tak percaya.
Fikirnya mana boleh. Kata datuk: "Ok, kalau berjaya, besok atok kasi kamu
RM100." Si cucu lantas mencari cacing di pinggir kolam. Terjumpa seekor.
Dibawanya cacing tersebut ke depan datuknya. Lalu si cucu mengambil hair-
spray dari poket baju. Si cacing yang malang disprey beberapa kali, lantas
mati keras. Dengan mudah si cucu menegakkan cacing tegak lurus di atas
tanah. Si atok kagum, cucunya memang bijak. Sampai di rumah berceritalah
si cucu tentang janji datuk pada neneknya. Si nenek mendengar penuh
kagum. Leka bercerita si cucu pun tertidur. Pagi esoknya si nenek mencari
cucunya sambil membawa duit RM200.
"RM100 dari atok, dan RM100 lagi dari nenek untuk idea yang bagus." kata
sang nenek. Si cucu melopong tak paham.