Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk dapatkan update-update terkini melalui email dan melanggan kelakargila:

Delivered by FeedBurner

Gara-Gara SMS Nakal

Dah lama tak main sms-sms ni, kepada yg gila sms........

kalo aku tangkai ko daunnye,
kalo aku aur ko tebingnye,kalo aku kumbang ko bungenye,
kalo aku langit ko buminye,
& kalo aku tarzan ko le beruknye..
-----------------------------------------------------------------

Kalau dapat bini muda-nampak BABY DOLL.
Kalau dapat bini sederhana muda pula-nampak BARBIE DOLL.
Tapi bila dapat bini tua-nampak PANADOL !!
----------------------------------------------------------------

Bila kita cantik tak siapa memandang,
bila kita baik tak siapa memuji,
bila kita susah tak siapa menolong,
bila kita jatuh tak siapa mengangkat,
Tapi………
bila kita kentut semua mata memandang kita...
------------------------------------------------------------------

AnGkAT tgN!
inI RoMPaKan!
YG HenSEM Ke SeBELah KaNAn!
yG lAwA ke SeBelAh KIri!
yg WaJaHnYa hoDoH ke TeNgaH.
AWak!
yE AwK jgn pUrA² bAce SMS!.
cEpAt Ke TeNGah !!
-------------------------------------------------------------------

kau sungguh dinamis,
sifatmu cukup puitis,
gayamu selalu erotis,
jiwamu sungguh romantis,
caramu seperti celebrities,
tapi sayang wajahmu seperti teletubbies…
--------------------------------------------------------------------

HP anda telah dilengkapi puzzle game.
Caranya mudah saja.
Lemparkan HP anda ke dinding hingga berderai...
kemudian...susunkan kembali.
Selamat Mencuba!
------------------------------------------------------------------

Kisah Mi Bandung

Untuk beberapa tahun, Roland telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya, Mary...

Suatu hari, Mary memberitahu Roland yang dirinya mengandung ... Roland yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Mary balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana ...

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun... Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Roland menyuruh Mary supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mi Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti.. Roland akan menguruskan segala perbelanjaan untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Roland pulang dari kerja, isterinya Nancy menegur Roland dengan muka yang keliru ...

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Nancy. "Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan," kata Roland. Nancy pun memberi poskad itu kepada Roland dan melihat Roland membaca poskad tersebut, sebelum muka Roland bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!

Poskad itu berbunyi ... "Mi Bandung 4 - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"

Sound Trouble

Ingatlah..jika dimarah kamu DIAM..
jika difitnah kamu SENYUM..
jika dikeji kamu KETAWA..
Nescaya dgn berbuat demikian,
kamu tergolong orang2 yang SOUND TROUBLE@gatai

sexy

malam 1;
Nenek wat gaya seksi kat atuk.atuk trliur.
malam 2;
Nenek pakai baju seksi,atuk pun meremang bulu roma.
malam 3;
nenek bogel,tp atuk slumber ja,lalu brkata hei!!apa pakai baju kedut kedut nie.pigi strika!!

*mata atok rabun la tu..sian nenek
@guling@guling

Wow..! Janda 18 Tahun?

Ada sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung.. Duda ni nama dia Amat. Amat ni dah 3 tahun menduda hi.. setelah kematian isterinya.

Pada satu hari , Amat yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi. Amat pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya, manala tau kekawannya ada calon yg sesuai.

Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Amat kerana dia ada calon yg sesuai untuk Amat. Amat sungguh gembira bila mengetahui calon yang Usin nak rekomenkan adalah janda 18 thn. Beria-ia benar Usin supaya Amat menerima pilihannya.

"Nak ke dia kat aku yg dah tua ni , Sin??" tanya Amat.

"Kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn, rupa pun hensem lagi apa!" kata Usin membodek Amat.

"Tapi....kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? Aku nak pakai duit la.." kata Usin lagi.

"Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan.. tak payah pinjam" kata Amat tanpa berfikir panjang.

Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat.

"Kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap" janji Usin kepada Amat.
Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat, hari dimana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri Amat. Hari tu Amat sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan Usin disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Amat.

Amat segera terbayangkan saat2 indah yang bakal dilalui bersama isteri barunya nanti. Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Amat disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi. Para tetamu menyambut Amat dengan senyum lebar. Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti2 oleh Amat, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang. Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Amat mulanya merasakan itu hanyala satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Amat, baru la Amat sedar itula isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18thn.

"USIN!" jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin. Usin yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan Amat. "Kau tipu aku Sinnnn!!!" jerit Amat sambil mencekik leher Usin. "Tipu apa plak???" tanya Usin bingung. "Takkan tu janda 18thn?" balas Amat. "La... betullah tu! Bukanke dia dah menjanda selama 18 tahun?"

"MINTAK BALIK DUIT AKU!!"